Monday, June 11, 2012

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh

Ini adalah yang asalnya yer..........

























Tetapi rasanya tak ada yang sampai tahap ni , kerana para isteri semuanya
baik hati kerana kasih kepada suami ringan sama dijinjing berat sama dijunjung.
 kecuali suami yang buka cawangan kena tengok baliklah semula takut nanti
tak lepas jawab disana sebab yang asas ni tak selesai....

Untuk isteri hayatilah hadis ini


Diriwayatkan daripada Abu Sa'id Radhiyallahu 'anhu,dia berkata: " … Zainab, isteri kepada Ibnu Mas'ud datang meminta izin untuk masuk bertemu (Rasulullah). Ada yang memberitahu: "Wahai Rasulullah, ini adalah Zainab.” Baginda s.a.w. bertanya: “Zainab yang mana?" Maka ada yang menjawab: "(Zainab) isteri kepada Ibnu Mas'ud. "Baginda menjawab: "Ya, izinkanlah dirinya (untuk masuk)." Maka dia (Zainab) dia diizinkan masuk lalu berkata: "Wahai, Nabi Allah. Sesungguhnya hari ini engkau telah memerintahkan untuk bersedekah. Sedangkan aku mempunyai perhiasan dan ingin bersedekah. Namun Ibnu Mas'ud mengatakan bahawa dirinya dan anaknya lebih berhak menerima sedekahku." Nabi bersabda: "Ibnu Mas'ud berkata benar. Suami dan anakmu lebih berhak menerima sedekahmu." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Apa yang dapat kita pelajari daripada hadis ini adalah para isteri boleh memberi sedekah hartanya kepada suami serta anak-anak. Perbuatan seumpama ini merupakan suatu bentuk sedekah yang paling utama kerana para isteri mendapat dua pahala berbanding sedekah kepada pihak lain yang hanya mendapat satu pahala. Ini sebagaimana sabda Nabi s.a.w.: “Baginya mendapat dua pahala (iaitu) pahala merapatkan ikatan kekeluargaan dan pahala sedekah.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)




No comments: