Tuesday, August 14, 2012

Lembut manja wanita itu bahaya !!!!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh



Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).


Ayat diatas macam ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja. Tetapi ia boleh digunapakai untuk semua muslimah . Ini adalah panduan yang Allah beri kepada kita kaum perempuan.Banyak berlaku skandal-skandal ditempat kerja disebabkan perkara sebegini. Bayang kan ada seorang lelaki yang isterinya kuat berleter dirumah atau ada ramai anak hingga tiada masa untuk sembang dengan suami, tiba-tiba ditempat kerja disambut kata-kata lembut manja dan menggoda, sudah tentu sebagai manusia biasa akan lahir satu kelainan perasaan terhadap perempuan tersebut. Alah maha mengetahui akan kejadianmanusia sebab itu Allah jaga dulu. Kita manusia selalu memandai-mandai dan akhirnya kitamenerima akibat dari kebodohan kita sendiri . Wallahuallam.

No comments: