Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
By Mahmud mahdi Istanbuli
Kita
sekarang berada dalam bulan Muharram, bulan yang berlaku peristiwa hijrah keatas Rasulullah
sallaLlahualaihi wasallam. Banyak sekali teladan dan pengajaran yang boleh dipetik
dari peristiwa tersebut. Begitu juga banyak bimbingan yang boleh diperolehi
daripadanya . Bangsa yang hidup mengambil kekuatan dari masa lepasnya
untuk mendorong nya maju kehadapan serta
memebimbingnya kejalan yang lurus.
Oleh
kerana tajuk saya menyentuh soal kehidupan keluarga , maka saya akan
membataskan persoalannya disekitar hal
itu.
Rasulullah
sallahualaihiwasallam telah meninggalkan diatas tempat pembaringannya pada hari
baginda berhijrah seorang pemuda yang
berani , iaitu Sayyidina Ali bin Abu Talib, untuk mengabui pandangan
orang-orang quraish yang mahu membunuhnya dan unruk mengembalikan amanah yang
mereka amanahkan kepada Rasulullah sollahualaihiwassalam – walaupun terdapat
permusuhan antara mereka.
Kewujudan
Sayyidina Ali seorang diri dirumah Rasulullah boleh mendedahkannya kepada
ancaman maut. Tetapi iman dan keberaniannya sudah cukup untuk menjadikan nya
seorang pahlawan yang gagah berani.
Kita
berpindah pula kepada Sayyidina Abu Bakar . Apabila beliau mengetahui dari
Rasulullah bahawa ia akan menemani baginda adalam penghijrahan ini , beliau pun
pulang kerumahnya dan mengambil segala hartanya untuk tampungan ketika
kecemasan. Dengan itu ia telah berkorban untuk dakwah Islamiyyah dan
mengenepikan kepentingan anak-anaknya. Malah beliau meminta anaknya Asma’ untuk
menyediakan bekalan makanan baginyadan bagi Rasulullah saw , sehingga Asma’
telah mengoyakkan kain tali pinggangnya menjadi dua untuk mengikat bekalan
makanan yang disediakan. Justru itu Asma’ dikenali sebagai “Perempuan dua tali pinggang”.
Apabila
Rasulullah sallaLlahualaihi wasallam tiba di madinah , baginda menghadapi krisis ekonomi , kerana
penduduk madinah yang baik hati itu adalah orang miskin. Rasulullah saw dan
sahabat yang berhijrah secara sembunyi itu pula telah meninggalkan harta mereka
di Mekah. Oleh itu baginda mempersaudarakan antara orang Muhajirin dan Ansar, sehingga setiap
penduduk Madinah membahagi dua harta mereka dengan saudara nya orang muhajirin.
Dengan itu krisis tersebut berlalu dengan aman dan membolehkan Rasulullah sallaLlahualaihi wasallam menumpukan perhatian kepada soal-soal politik yang lain.
Demikian
beberapa babak dari peristiwa hijrah . Adalah wajar bagi kita untuk
menjadikannya sebagai pengajaran dan teladan dengan kita mendidik anak-anak kita supaya cintakan perjuangan dan
“adventure”. Begitu juga kita mestilah bersikap pemurah dengan harta kekayaan
kita untuk membantu menegakkan islam , khususnya seperti yang ditunjukkan oleh
sayyidina Abu Bakar- yang nak-anak dan keuarganya tidak menjadi penghalang
baginya untuk mengorbankan hartanya demi Rasul dan Dakwah islamiyah, yang
telah berjaya mengeluarkan orang Arab dan dunia seluruhnya dari kegelapan
jahiliah dan sikap fanatik kepada sinar ilmu dan persaan tolak ansur yang
bercirikan perikemanusiaan.
Cara
Rasulullah sallaLlahualaihi wasallam menyelesaikan krisi ekonomi pula memberikan
sinar kepada kita untuk menyelesaikan krisis ekonomi dan masalah pelarian di Pakistan yang melarikan diri mereka dari India (Bilangan
mereka berjumlah tujuh juta orang).
Andainya
setiap keluarga mengambil seorang daripelarian itu dan menjadikannya ahli
keluarganya (kalauia lelaki dikahwinkan
dengan salah seorang anak perempuannya, kalau gadis dikahwinkan dengan slah
seorang anak lelakinya), maka masalah itu akan merupakan masalah berat yang
mengancam orang pelarian disana ditambah degan masaalah wabak penyakit ,
masalah kesihatan dan sosial (akibat kecuaian saudara seagama dan sebangsa
mereka) akan dapat diatasi.
No comments:
Post a Comment