Saturday, October 12, 2013

KELUARGA DAN SUKARELAWAN.

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد



 


By Mahmud mahdi Istanbuli

Mungkin bagi kebanyakan orang tajuk ini agak ganjil sedikit . Mereka tentu akan menyebut, apakah tujuan penulis menyentuh soal sukarelawan diadlam kelurga, seolah-olah mereka berada dikem tentera atau medan perang.
Sebenarnya rumahtangga patut wujud susana seperti itu semua. Malah lebih dari itu , yakni selama negara kita dan negara-negara islam diancam dari semasa kesemasa oleh serangan kuasa-kuasa asing  dan selama banyaknya pakatan sulit dirancang untuk membinasakan kita. Tidak jauh dari kita israel sedang merangka perang kemusnahan terhadap kita. Ia melatih wanita dan kanak-kanak untuk  “perusahaan maut” sebagai persediaan untuk hari pelancaran serangan.

Saya pernah menyentuh pendididkan fizikal yang kasar yang dilakukan oleh orang yahudi yang ganas itu keatas anak-anak mereka. Seorang teman saya di Palestin menceritakan pada saya bagaimana orang-orang yahudi , sebelum perang terakhir berlaku bergumpal dengan anak-anak mereka sejak kecil lagi ditengah-tengah hujan  dan ditengah-tengah salji untuk latihan ketenteraan.
Latihan menembak , bergusti , memandu kereta, kereta perisai dan lain-lainnya merupakan latihan -latihan yang dijalani oleh generasi baru zionis disekolah-sekolah.

 Sedangkan kita sibok memaksa anak-anak kita menghafal perkara -perkara yang ditulis dalam buku tentang sejarah abad pertama yang kuno  itu dan mengkaji tabiat unggas dan binatang diseluruh dunia , seolah-olah kita semua sedang dilatih untuk menjadi penyelia zoo dan penyelia muzium.

Saya berharap ,alangkah baiknya kalau pihak tentera dapat bekerjasama dengan para pendidik dan cendikiawan kita ketika kita menyediakan kurikulum pendidikan dinegara ini , kerana badan dan jiwa kementerian pertahanan adalah pada kementerian Pelajaran. Pendidikan ketenteraan tidak sepatutnya hanya bermula ketika seseorang memasuki bidang pengajian . Ia sepatutnya bermula dirumah  dan disekolah sebelum tubuh badan menjadi lesu kerana mengabaikan riadhah, kecergasan badan dan bergelumang dengan buku.

Kita memerlukan kelurga dan sekolah yang kuat yang menyediakan kepada kanak-kanak sejak kecil lagiuntuk persediaan mengharungi perjuanagn hidup , bersikap bermati-matian , sanggup berkorban , gemar pada kehidupan " adventure" dan mahir dengan perusahaan maut. Sifat-sifat demikianlah yang diperlukan untuk melahirkan suatu bangsa yang gagah dan tentera yang berani.

Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam menyedari hakikat ini . Baginda telah mendidik cucunya berlawan pedang dirumahnaya. Baginda menggesa orang orang islam mengajar anak-anak mereka memanah , berenang dan menunggang kuda  demi untuk mengujudkan satu generasi baru yang gagah , yang sukakan "adventure" yeng telah berjaya membentuk tentera pembebasan dan telah berjaya meneyelamatkan bangsa Arab dari kezalimanserta penindasan orang -orang Parsi dan Rome, disamping telah dapat menunaikan tanggungjawabnya yang sebenar. Maka dengan sebab itulah kita melihat pemuda-pemuda Arab bersungguh-sungguh benar untuk meyakinkan Rasulullah saw bahawa mereka telah cukup dewasa dan mampu untuk menggabungkan diri dalam peperangan jihad. Mereka yang ditolak kerana umurnya masih muda menangis hampa bagai seorang yang kematian seseorang yang sangat dikasihinya.

Kekuatan kebendaan bukanlah merupakan satu-satunya senjata tentera, malah disamping nya mereka memerlukan kekeutan maknawi. Ini dapat dilihat pada anggota sukarelawan yang dihantar oleh Rasulullah saw iaitu satu pasukan kecil dalam peperangan Mu'tah. Kata baginda pada mereka: "Kiranya Zaid bin Harithah gugur, maka panji-panjinya dipegang oleh Ja'afar bin Abi Talib. Kiranya Ja'far gugur ia dipegang oleh Abdullah bin Rawahah.

Dalam peperanagantersebut Zaid mara menghadapi musuh lalu gugur terkena lontaran lembing mereka. Panji-panji islam kemudiannya terus dipegang oleh Ja'afar yang menyerang orang-orang Rom dan berjaya membunuh sebilangan besar dari mereka. Akhirnya mereka mengepungi kudanya . Belaiu tangkas turun dari kudanya , lalu kemudian meluru menyerbu musuh. Muala-mula dipegangnya panji dengan tangan kanannya . Apabila tangan itu terputus ditetak musuh dipegang dengan tangan kirinya pula . apabila tangan kirinya itu putus didakap dengan lengannya sehinggalah dia gugur. Kemudian panji-panji islam disambar pula oleh Abdullah bin Rawahah. Ia meluru menghadapi musuh sambil memekik kepada orang islam :


Kawan-kawan ! apa yang kita idamkan telah sampai  (syahid dimedan perang). Kita tidak memerangi musuh dengan bilangan , bukan dengan kekuatan dan bukan dengan banyaknya senjata. Kiata hadapi mereka dengan iman yang Allah kurniakan pada kita. Maralah! hanya salah satu kebaikan yang pasti kita dapat, kemenangan atau mati syahid". Abdullah terus berjuang sehinggalah beliau gugur syahid.
Post a Comment