بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Oleh: Muhd Rizal Baharom
Berjuta-juta orang di seluruh dunia mengalami masalah ini. Sakit Gastrik adalah berkaitan kandungan asid yang berlebihan di dalam perut. Perut dibiarkan kosong dan makan tidak teratur adalah puncanya. Sebelum terjadi lebih baik jagalah jadual pemakanan anda. Dalam kes-kes tertentu boleh ke tahap kebocoran pada dinding perut.
Timun adalah rawatan alternatif kepada sakit gastrik. Ia adalah bersifat alkali dan akan menstabilkan kandungan asid dalam perut.
Caranya amat mudah. Kisar timun dan jadikan jus. Tambahkan gula untuk lebih enak. Semasa mengisar, gunakan kelajuan paling rendah untuk mengelakkan zat-zat teroksida atau musnah disebabkan peningkatan suhu semasa mengisar.
Amalkan minum jus hingga gastrik anda sembuh sepenuhnya. Selain merawat gastrik kebaikan lain adalah seperti mengubati sembelit, jerawat, kecantikan kulit dan sebagainya. - Jabatan Pertanian Malaysia
No comments:
Post a Comment