Tuesday, September 11, 2012

Bawak cek dalam keranda

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh





Pada hakikatnya bila kita mati kita dah tak ada kawan.keluarga atau pun harga kekayaan yang ada untuk bekalan kita hanyalah pahala yang kita bawa dan kita generate kat dunia ni saja.

Nak cerita satu cerita lucu tentang seorang suami yang kedekut.Yang ni bukan muslim kot atau pun kalau islam pun mungkin pada namanya jer kot. Suami ni adalah seorang yang kuat bekerja mencari duit dan kuat pula menyimpan duit. Jadi banyaklah simpanannya.Suatu hari dia berwasiat kepada isteri dia , kalau dia mati dia nak duit yang dia kumpul tu dimasukkan sekali kedalam keranda dia. setelah dia mati , semasa nak dikafankan isteri dia pun suruhlah tukang kafan tu letak satu sampul kedalam keranda tu. Tukang kafann tu kata buat apa bukan boleh guna pun. Isteri dia menjawab, tak apalah sebab itu dah wasiat dia , tapi saya bagi dalam bentuk cek, kalau dia boleh cash kat sana boleh lah dia guna..... Kalaulah lah dia tinggalkan duit tu untuk anak bini dia atau sedekahkan jadilah pahala sedekah yang berterusan yang dia boleh cash dekat alam sana.

No comments: