Monday, September 3, 2012

Jealous

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh





Semalam ibu tengok dalam website seorang rakan satu sekolah sedang berada dalam kapalterbang kelas pertama. Beliau sekarang seorang pegawai kanan disebuah jabatan kerajaan. beliau dalam perjalanan untuk bagi talk dekat negeriorang putih.
Kemudian ada pulak gambar dia posing kat negeri mat Salleh tu dengan view yang sangat cantik didepan sebuah kereta yang agak luxury.Siap main salji lagi. Hati terdetik alangkah beruntungnya dia dapat merasai itu semua sebab dulu kami geng baik tapi rezeki dia dalam bab peluang belajar,pangkat dan kedudukan lebih baik.

Dalam pada tu , ibu terfikir jugak , itu kat dunia yang tak kekal ni pun rasa jealous bila tengok kawan-kawan lama kita berjaya dan berada pada kedudukan yang bagus.
Macam mana nanti kalau kat sana , bila kita dapat syurga paling bawah dan kawan baik kita kat dunia ni dapat syurga paling atas.Kalau kita dapat neraka , dia dapat syurga lagilah sedih giler....



Post a Comment