Bismillahirrahmanirrahim.
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
Dulu kalau nak bersedekah mesti nak pilih orang soleh jer, Kalau jiran yang kita kenal memang tak pernah
solat ker, kuat merokok ker rasa macam berat jer nak bagi sedekah kat dia. Kononnya takut salah guna
Tapi selepas baca kisah dibawah ni, rasanya tak perlulah nak fikir banyak. Sedekahkanlah ...mana tahu sedekah kita tu punca hidayah untuk orang tu....
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam Bersabda: "Seorang laki-laki berkata.
'Aku benar-benar akan mengeluarkan sedekah pada malam ini, ' maka ia pun memberikan sedekahnya kepada seorang wanita pelacur hingga pada pagi harinya orang-orang berkata. 'Semalam ia telah memberikan sedekahnya kepada seorang pelacur.' Kemudian ia berkata.
'Aku benar-benar akan mengeluarkan sedekah pada malam ini, ' maka ia memberikan sedekahnya kepada seorang pencuri hingga pada pagi harinya orang-orang berkata. 'Semalam ia telah memberikan sedekah kepada seorang pencuri.' kemudian ia berkata.
'Aku benar-benar akan mengeluarkan sedekah pada malam ini, ' maka ia memberikan sedekahnya kepada orang yang kaya, hingga pada pagi harinya orang-orang berkata. 'Semalam ia telah memberikan sedekahnya kepada orang kaya.'
Lalu laki-laki tersebut berkata. 'Alhamdulillah aku telah memberikan sedekah kepada seorang pelacur, seorang pencuri dan seorang yang kaya.'"
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam Bersabda: "Kemudian ada orang yang datang dan dikatakan kepadanya. "Adapun sedekahmu sungguh telah diterima, bagi pelacur itu semoga dengan sedekah tersebut ia memohon ampun dan menjaga kehormatannya, dan bagi pencuri semoga dengan sedekah tersebut ia merasa cukup dengannya, sedangkan bagi orang kaya itu semoga dengan sedekah tersebut ia mengambil pelajaran darinya lalu menginfaqkan apa yang telah diberikan oleh Allah kepadanya."
(HR. Ahmad :7933)
No comments:
Post a Comment