Tuesday, October 9, 2012

Awas,Tuala sarang bakteria!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh




Tuala merupakan peralatan wajib yang perlu anda bawa ketika hendak mandi. Ia digunakan untuk mengelap dan mengeringkan seluruh tubuh, oleh itu kebersihannya perlulah dijaga dengan baik kerana ia boleh mempengaruhi kesihatan.
Tuala yang kotor akan menjadi sarang pelbagai jenis bakteria sehingga ia boleh mengundang kepada masalah kesihatan kulit. Ini kerana, setiap hari sekurang-kurangnya dua kali tuala akan digunakan untuk mengeringkan badan. Sebaiknya, anda sentiasa memberikan perhatian yang lebih kepada perawatan dan kebersihan tuala anda. Ikuti panduan di bawah:
Pastikan tuala kembali dalam keadaan kering setelah anda gunakan agar tiada kulat yang melekat padanya. Jemur tuala di tempat yang kering dan terkena sinar matahari. Warna tuala yang berubah sedikit gelap setelah digunakan berhari-hari menandakan kulit anda masih melekat dengan kotoran meski anda telah membersihkan tubuh menggunakan sabun. Ia juga menandakan bahawa bakteria telah berkumpul di tuala anda.
Bagi memastikan kebersihan tuala, cucilah tuala seminggu  sekali agar tuala yang anda gunakan sentiasa bersih dan nyaman. Untuk mencuci tuala, anda boleh merendam tuala di dalam air hangat yang telah dicampurkan dengan sabun selama 30 minit. Air hangat ini membantu kerja-kerja detergen sehingga ia lebih mudah melunturkan kotoran yang melekat. Sebaiknya rendam tuala secara berasingan dengan pakaian-pakaian anda yang lain.
Jika anda menggunakan tuala baru, ada baiknya anda cuci tuala tersebut terlebih dahulu. Ini adalah kerana anda sendiri tidak pasti bagaimana proses menghasilkan tuala tersebut, serta bagaimana keadaan tuala tersebut ketika berada di kedai. Oleh itu, rendamkan dengan air hangat bersama sedikit detergen sebelum mencuci tuala anda.
sumber-mingguan wanita

No comments: