Wednesday, October 3, 2012

Bila marah mendidih... sujudlah...

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh


Ini bermakna manusia yang sempurna otaknya hanyalah mereka yang sujud kepada
Allah swt.


 : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)
Jika kemarahan merasuki diri cepat-cepatlah bersujud. Adakalanya perasaan angkuh dan sombong beraja di hati ubatilah dengan sujud. Sering juga kebencian, dengki dan dendam membuat kita tidak adil kepada insan lain, mengapa setiap kali bersujud kepada Allah perasaan-perasaan keji sebegini tak luput dari hati? Adakah sujud kita belum mencapai kesempurnaannya? Ataukah Tuhan telah berpaling daripada kita kerana kelalaian dan dosa-dosa yang membelenggu hati? Apakah maknanya sujud jika merasa diri hebat dan megah daripada insan lain, apa pula gunanya sujud jika ramai orang mencemuh benci disebabkan perbuatannya yang zalim?
Sesungguhnya orang yang sujud memiliki hati selembut kapas dan seharum kasturi,
1. Sujud mengandungi nilai persaudaraan. Semua mukmin bersujud tanpa membezakan warna kulit, kedudukan, kekayaan dan nasab. Sehingga sujud dapat menguatkan ikatan hati sesama mukmin. Seorang Raja sanggup menundukkan dirinya yang selama ini ditaat dan dihormati semata-mata kerana beriman kepada Allah yang Maha Berkuasa. Seorang yang kaya raya dan berpangkat sama menghinakan diri seperti si miskin ketika ia berada di hadapan Tuhannya. Kerana sujud persaudaraan akan terjalin dan kekuatan umat akan tertegak di bumi Allah ini.
2. Sujud mengandungi nilai pembersihan jiwa. Firman Allah Taala yang bermaksud: “Dan mereka menyungkurkan muka sambil menangis sehingga mereka bertambah khusyu’. (Surah Al-Isra’: 109) Sesiapa yang bersujud maka ia telah menundukkan hatinya kepada Allah dan menyerahkan jiwa raganya kembali kepada Allah. Sesiapa yang menangis dan menyesali segala perbuatanannya kemudian ia sujud merendahkan dirinya kepada Allah dan kembali bertaubat kepadanya maka Allah SWT menggugurkan dosa-dosanya seperti bergugurannya daun-daun kering diatas tanah. Sabda Baginda SAW:
3. Sujud mengandungi nilai membalas budi. Dia mengakui nikmat Allah yang dikurnia kepada dirinya, dia bersyukur dengan meletakkan dahinya ke tanah di hadapan Allah yang Maha Pemberi Rezeki. Dia amat bergantung harap kepada Tuhannya untuk keselamatan dirinya di dunia dan akhirat. Hasbunallah wani’mal wakiil.
4. Sujud mengandungi nilai kemenangan. Dalam sujud seorang mukmin mengisytiharkan kemenangan ke atas syaitan sehingga membuat syaitan menangisi perbuatan orang mukmin itu. Sepertimana sabda baginda:
5. Sujud mendekatkan seorang hamba kepada Allah. Sabda baginda SAW: ”Sedekat-dekat hamba kepada Allah iaitu ketika ia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa.”
Sujud merupakan ubat kepada manusia yang mengalami penyakit iaitu:
1. Sakit bongkak dan sombong. 5 penyebab sombong: Wajah, harta, kuasa, ilmu dan nasab. Hendaknya orang yang berpenyakit ini menginsafi asal kejadian dirinya, Firman Allah Taala: ”Dari tanah itulah kami menjadikan kamu dan kepadanya kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain.” (Taha ayat: 55)
2. Sakit jiwa dan tertekan oleh ujian hidup.
Sumber :- DrJuanda.com

No comments: