Wednesday, October 3, 2012

Mengenal gelombang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh



1. Beta 

Kita berada dalam gelombang Beta ketika sedang melakukan sesuatu dengan penuh serius, penuh waspada, penuh konsentrasi, seperti meneliti sesuatu, berfikir dengan mendalam mahupun ketikan menghadapi kertas soalan peperiksaan. Pada ketikan ini, Gelombang minda dalam getaran 13- 30Hz, sangat tinggi. Hz adalah singkatan bagiHeartz, iaitu ukuran frekuensi getaran. Gelombang ini dialami oleh mereka yang stress, cepat marah dan sebagainya. Gelombang ini 
adalah gelombang yang dialami oleh semua manusia
2. Alpha
 

Kita berada dalam arus Alpha ketika sedang melakukan sesuatu dengan santai (tanpa perlu konsentrasi yang penuh) seperti berjalan-jalan, memandu, membaca surat khabar, menonton tv mahupun berbual-bual, mandi dan yang paling utama ketika kita solat. Dalam arus Alpha, minda bergetar dalam gelombang 8~12Hz.
 Gelombang ini tercetus ketika kita dalam keadaan separuh sedar. Contohnya ketika kita mandi, kita tidak berfikir perkara yang serius. Kita akan berkhayal, fikiran melayang, kadangkala kita berfikir pekara yang diluar bidang kita dan perkara yang kita tak ada ketika ini.

3. Theta

Mengenai arus Theta pula, kita berada di dalam arus Theta ketika sedang mahu tidur, atau ketika sangat mengantuk. Pada ketika ini, gelombang minda adalah dalam getaran 4~7Hz.
kita berada dalam keadaan rehat yang mendalam. Keadaan bermimpi atau bermeditasi yang
terlalu kusyuk
 

4. Delta
 

Saya dan Anda berada di dalam arus Delta ketika sedang tidur lena. Pada ketika ini, gelombang minda adalah di dalam 0.5~3.5Hz sahaja. Gelombangnya rendah kerana kita tidak buat apa-apa dan kita tidak berfikir apa-apa.

No comments: