Sunday, December 23, 2012

2.2 Bagus gayanya:

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh






Seorang muslimyang haq itu memperhatikan pakaian dan perhiasannya., oleh itu kita sering melihat dia mepunyai gaya yang molek, indah zahirnya tanpa melampaui batas. Setiap mata memandangnya,akan tertarik hati dengannya. Dia tidak kan menemui manusia lain dengan gaay dan keadaan yang tidak senonoh dan kucar kacir, murat marit dan kusut masai,Dia selalu memeriksa dirinya sebelum keluar menemui manusia lain  dia mengemaskan dan memperindahkan dirinya tetapi dengan penuh sederhana  kerana Rasulullah saw selalu mencantikkan diri baginda kepada sahabat-sahabat baginda terutama kepada ahli-ahli baginda.

Al Qurthubi telah berkata didalam tafsirnya mengenai firman Allah:


al a'raaf 32


Makhul telah menriwayatkan dari Aisyah (r.a) , dia berkata yang maksudnya:

" Ada satu rombongan dari sahabat-sahabat  rasulullah saw menunggu baginda dihadapan pintu, ketika baginda hendak keluar menemui mereka , mereka memandang kepada satu bekas air yang terletak ditepi rumah, lalu baginda mengemaskan janggut dan rambut baginda. Lalu aku bertanya baginda:
 " Ya rasulullah saw, engkau berbuat begini?" Baginda menjawab "ya" apabila seorang lelaki keluar untuk menemui saudara-saudaranya hendaklah dia memperkemaskan dulu dirinya kerana sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai sesuatu yang indah." (Riwayat muslim).

Seorang muslim melakukan itu semua hendaklah sesuai dengan dengan pandangan islam yang serba sederhana disetiap perkara, teori pertengahan (sederhana) ini dilaksanakan tanpa kecuaian dan tidak pula keterlaluan.

Firman Allah -Al Furqan :67


Islam menggalakkan para pemudanya terutama para pendukung dakwah dijalannya semoga mereka memasuku majlis-majlis perhimpunan dan masyrakat dengan sikap dan gaya yang menarik dan terpuji, tidak meyakitkan pandangan yang jelik mata memandangnya dan jiwa merasa jijik   dengannya.Jika seseorang itu tidak memelihara kewibawaan lahiriahnya dan mendakwa bahawa tindak tanduknya itu untuk berzuhud dan tawaduk , maka bukanlah itu dari ajaran islam.

Rasulullah saw sendiri memang terkenal dengan sifat zuhud dan tawadhuk sekalipun baginda merupakan penghulu kepada seluruh orang zuhud dan tawadhu' Penghulu bagi orang yang menjauhkan diri dari kemewahan hidup dan merendah diri, baginda sentiasa memakai pakaian yang baik dan menghiasi diri serta
pakaian baginda , demikian juga ahli baginda  dan sahabat-sahabat baginda. Baginda memandang kecantikan dan keindahan gaya seperti ini sebagai menyatakan dan melahirkan nikmat Allah kepada diri baginda:

Hadith rasulullah saw :

"Sesungguhnya Allah sangat suka melihat kesan keatas nikmatnya keatas hambanya" -Riwayat Tarmizi dan Alhakimi).

Didalam kitab Tabaqah Ibn Saad (4/346) : Dari Jundub bin Makith(r.a) dia berkata:-

" Adalah rasulullah saw apabila datang satu rombongan kepada baginda, baginda memakia sebaik-baik pakaian baginda dan menyuruh sahabat-sahabat baginda berbuat demikian. Aku telah melihat dihari ketibaan rombongan Kindah, lantas baginda memakai pakaian Yaman, demikianlah juga Abu Bakar
dan Umar (r.a) ( Pakaian buatan zaman pada masa itu adalah pakaian yang indah dan mahal harganya: pent.)"

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Al Mubarak. At -Tabarani , Al Hakim dan Al Baihaqi dan lain-lain lagi , dari Umar (r.a):-dia berkata:

" Aku melihat rasulullah saw meminta pakaian -pakaian yang baharu lalu dipakainya , apabila sampai kepada leher baginda dan baginda pun bersabda:

" Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku dan menutupi auratku, dan denganya aku mencantikkan diriku." (Riwayat muslim).


" Adalah Abdul Rahman bin Auf memakai pakaian yang bernilai 500 ataupun 400 dirham  ( Tabaqat Ibn Saad: 3/131).

" Ibnu Abbas (r.a) telah membeli pakaian dengan harga 1000 dirham lalau dikainya."  ( Al -Haliyah 1/123).

Sebenarnya menghias diri termasuk didalam kategori perhiasan yang diharuskan oleh Allah kepada hamba-hambanya dan menggalakkan mereka supaya
berhias selagi tidak melampai batas yang keterlalun dan melampau-lamapu:

Firman Allah Ala'raf 31-32.






Didalam sahih Muslim dari Ibn Mas'Ud (r.a ) bahawa rasulullah saw telah bersabda :

" Tidak akan masuk syurga orang yang ada dalam hatinya seberat zarah dari sifat sombong . Maka berkatalah seorang lelaki, sesungguhnya seorang lelaki itu suka memakai pakaian yang cantik dan kasut yang cantik , adakah ini dipandang  sebagai sombong? Maka rasulullah saw menjawab:
" Sesungguhnya Allah taala itu cantik  dan suka kecantikan . Sombong itu ialah menolak kebenaran dan menghina manusia."

Inilah yang difahami oleh sahabat- sahabat yang mulia dan pengikut-pengikut mereka dengan rela hati dan mereka berjalan diatasnya. Oleh itu imam Abu Hanifah (r.a) mempunyai gaya yang bagus dan indah pakaiannya, semerbak harum baunya dan sentiasa bersungguh-sungguh memperindah
pakaiannya, kesungguhannya dalam perkara ini disertai pula dengan beliau menggalakkan manusia lain berbuat demikian juga dan menggalakkan mereka bersungguh-sungguh memperkemaskan gaya mereka .

Pada suatu hari beliau melihat seorang didalam majlis berpakaian kotor dan buruk-buruk lalu dipanggil secar bersendirian, dan diberi 1000 dirham untuk memperbaiki pakaiannya. Lelaki tersebut lantas berkata:-

" Aku adalah orang senang dan didalam nikmat dan aku tidak perlukan pertolongan itu. " Maka dijawab oleh Hanifah kepadanya dengan nada penyesalan
dan terus mengkritiknya. " Tidak kah samapai kepadamu hadith ini yang bermaksud : Bahawa sesungguhnya Allah itu suka melihat kesan nikmatnya keatas
hambanya, maka wajarlah kepada saudar merubah keadaan saudara supaya tidak menyusahkan sahabatmu."  ( Riwayat Muslim).

Ternyata disini , para da'ei mestilah mempunyai gaya yang terbaik dan   lebih indah perawakan dan pakaiannya , lebih sempurna kecantikan dan lebih menarik dari orang lain supaya mereka lebih mampu menawan hati manusia dan membawa dakwah mereka sehingga mnembusi lubuk jiwa mereka.

Lebih dari itu, mereka dituntut berbuat demikian sebelum orang lain melakukannya. Sekalipun mereka tidak semestinya mengatasi orang lain dalam perkara tersebut. Para pendukung dakwah wajarlah memelihara style dan gaya mereka, menjaga kebersihan pakaianmerak. kuku mereka dan rambut mereka sekalipun bersendirian dirumah mereka. Ini semua adalah merupakan kehendak fitrah manusia  seperti yang isabdakan oleh rasulullah saw yang bermaksud:-

" Lima perkara dari fitrah:
1.Berkhatan
2. Mencukur bulu
3. Memotong kuku
4.menggunting misai
5.mencabut ketiak

(Riwayat Bukhari  Muslim).


Walaupun begitu perhatian kita kepada mazhar lahiriah tidaklah  semestinya menggelincirkan sesorang muslim yang haq kepada satu sikap yang melampau batas dalam perkara perhiasan sehingga sampai kepada pemborosan  dan kemewahan. batas yang merosakkan tawazzun (keseimbangan) yang telah ditentukan
oleh islam.

Seorang muslim mestilah sentiasa sedar dan insaf kepada sikap pertengahan (bersederhana) disegala perkara. Semua nya mesti seimbang,selaras dan seirama.tiada satu pun jurusan hidup yang melampaui jurusan yang lain.Seorang muslim itu tidak dapat menyembunyikan fakta bahawa islam sangatlah menggalakkan para pemeluknya supaya berhias  diri dan menjaga mazhar lahiriah untuk kemasjid dan juga diwaktu beribadah.Disamping itu islam juga sentiasa memperingatkan kaum muslimin supaya berjaga-jaga dan sentiasa awas dari sifat keterlaluan  dan melampau-lampau didalam perkara perhiasan sehingga menjadi hamba kepadanya. Denagn itu mereka tidak akan mabuk harta dan hanyut dalam kemewahan dunia  dan sibuk sepanjang masa.

Menurut hadith yang mulia:

"Celakalah hamba dinar dan dirham dan Al qatifah dan Al khamisah, jika diberi dia redha dan jika tidak diberi dia tidak redha.  (Riwayat Bukhari dan Muslim).



Tidak syak lagi bahawa para du'at dijalan Allah akan terselamat dan terpelihara daripada tergelincir seperti  ini kerana  mereka telah mengawal diri mereka dengan hidayah agama yang agung. Hidayah allah inilah yang memimpin mereka kepada sikap pertengahan dan seimbang (tawaazun) yang dibawakan oleh syariatnya yang mudah dan jelas.

No comments: