Bismillahirrahmanirrahim.
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
Muslim yang dikehendaki islam menjadi 'syammah' dikalangan manusia ,adalah sangat bersih.Tubuh badannya bersih, sering mandi kerana mengikut petunjuk rasulullah saw yang mendorong supaya mandi dengan baik dan sempurna terutama nya pada hari jumaat.
Sabda Rasulullah saw
' Hendaklah kamu mandi pada hari jumaat, dan basuhlah kepala kamu sekali pun kamu tidak junub dan pakailah bau-bauan yang wangi
(Riwayat bukhari)
Kesungguhan muslim kepada kebersihan telah mendorong beberapa imam (pemimpin islam) mewajibkan muslim mandi pada hari jumaat.
Dari Abu Hurairah r.a bahawasabya rasulullah saw telah bersabda :
" Adalah menjadi hak yang wajib keatas setiap muslim mandi satu hari dalam seminggu, dimana di mesti membasuh kepala dan tubuhnya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Muslim yang benar bersih pakaiannya , bersih stokinnya dan selalu memerhatikan pakaian dan stokinnya dari semasa kesemasa.Dia tidak redha melihat pakaiannya berbau busuk. Untuk itu dia memakai bau-bauan yang harum. Telah dikesahkan dari Umar(r.a)
" Barang siapa yang membelanjakan satu pertiga hartanya untuk bau-bauan maka tidaklah membazir"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Muslim yang sedar sentiasa menjaga mulutnya , supaya tidak tercium daripadanya bau yang menyakitkan. Dengan demikian dia membersihkan giginya setiap hari dengan siwak dan berus gigi dan segala alat yang menyucikan dan membersihkannya.
"Saidina Aisyah (r.a) telah meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) tidak pernah tidur malam atau siang hari kecuali baginda bersugi.Menggosok gigi setelah bangun dari tidurnya sebelum baginda mengambil wuduk". Riwayat Ahmad.
Untuk menunjukkan betapa pentingnya menjaga kebersihan mulut dan gigi, sehingga rasulullah saw sanggup berkata dengan sabda baginda:
"Kalaulah tidak akan menyusahkan umatku , nescaya aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap kali hendak menunaikan solat"
(Riwayat Assyaikani).
" Saidatina Aisyah (r.a) pernah ditanyai tentang kerja apakah yang mula-mula sekali dibuat oleh rasulullah saw apabila baginda memasuki rumah baginda. Beliau menjawab "baginda bersugi".
Kita meraas dukacita melihat sebahagian dari kaum muslimin yang mencuaikan sudut ini padahal ini adalah satu dari intisari islam dan terasnya. Mereka tidak memerhatikan dan tidak mengambil perhatian terhadap kebersihan giginya , badan dan pakaian mereka.Saudaar melihat mereka dimasjid-masjid , dimajlis-majlis zikir, halaqah-halaqah, majlis ilmu dan majlis muzakarah dengan keadaan yang comot dan bau busuk yang tidak menyenangkan perasaan saudar mereka yang lain.
Lantaran itu malaikat yang datang membawa rahmat cabut lari dari majlis yang agung dan berkat itu. Tetapi yang menghairankan juga ialah mereka telah biasa mendengar (membaca) sabda rasulullah saw berkenaan dengan orang yang memakan bawang dan kurrath dan melarang mereka dari mendekati masjid dengan bau yang tidak menyenangkan itu, supaya tidak menyakiti malaikat dan manusia.
Sabda rasulullah saw'
Barangsiapa yang telah memakan bawang merah dan bawang putih dan kurrath, maka janganlah sekali kali menghampiri masjid kita.kerana sesungguhnya malaikat merasa susah dari perkara yang menyakitkan manusia. (riwayat muslim)
Rasulullah saw sangatlah melarang orang-orang yang telah memakan sayuarn yang berbau busuk supaya tidak menghampiri masjid supaya bau busuk mulut mereka tidak menyusahkan malaikat dan manusia.Sudah tentu lebih wajar dilarang orang-orang yang kotor badan dan pakaian nya dengan bau busuk yang menyakitkan perasan manusia dari menghampiri masjid.Termasuk juga dalam larangan ini orang yang berbau
busuk mulutnya.Orang-orang seperti ini,yang lalai dan tidak menjaga kebersihan diri dan pakaian mereka , yang menyakiti manusia patut dilarang dari menghampiri masjid dan majlis-majlis orang ramai. Sehinggalah mereka merobah kelakuannya sesuai dengan ajaran islam.
Iman Ahamad dan Nasai' telah meriwayatkan dari Jabir (r.a) bahawasanya dia berkata . "Rasulullah saw telah datang kepada kita kerana berziarah lalau baginda melihat seorang lelaki yang memakai pakaian yang kotor lalu baginda bersabda:-
"Tidakkah orang ini mendapat sesuatu unruk membasuh pakaiannya."
(Riwayat iman Ahmad dan Nasai').
Rasulullah saw tidak membenarkan manusia menghadiri majlis-majlis dengan berpakaian kotor selagi dia mampu mencuci dan membersihkannya,supaya orang yang demikian menyedari hidayah Rasulullah saw , supaya setiap muslim sentiasa bersih badan dan pakaiannya, bagus pada lahirnya dan sedap dipandang .
Baginda saw bersabda " Tidak mengapa kalauseorang dari kamu memakai dua pakaian pada hari jumaat selain dari dia pakaian kerja"
(riwayat abu daud).
Sesungguhnya islam telah menyeru seluruh putera-puteranya :
Sesungguhnya islam itu bersih, lantaran itu berbuat bersihlah, kerana tidak ada yang masuk syurga kecuali orang yang bersih"
(Riwayat al kahtib al baghdad).
Oleh itu islam menghendaki supaya muslim sentiasa bersih badan dan pakaian mereka, penafasan yang semerbak mewangi dan suci .Demikianlah hal keadaan rasulullah saw menurut riwayat Al imama Muslim dari Anas bin Malik (r.a) dia berkata:-
" Aku tidak pernah tercium bau harum semerbak bak kasturi (musk) malah tidak ada sesuatau yang lebih baik dari keharuman rasulullah saw.
(Riwayat Muslim).
Hadis -hadis nabi, berita-berita berkenaan jasmani dan pakaian Rasulullah saw , keharuman bau peluh baginda adalah banyak dan tidak terbilang.Diantara nya apabila seoarng berjabat tangan dengan baginda , berkekalanlah bau harum baginda ditangan orang yang berkenaan sepanjang hari.
Apabila baginda meletakkan tangan baginda diatas kepala seorang kanak-kanak, kanak-kanak tersebut dapat dikenali dari kanak-kanak yang ramai dengan keharuman bau baginda,
Al imam Bukhari telah memberitakan dari kitab sejarahnya yang besar , dari Jabir (r.a)
"Sesungguhnya rasulullah saw tidak pernah melalui sebatang jalan lalu diikuti oleh seorang kecuali orang itu mengenali bahwa yang baru lalu disitu adalah rasulullah saw lantaran harum bau baginda.
Sekali peristiwa rasulullah saw telah tertidur dirumah Anas (r.a) dan baginda berpeluh, maka datanglah ibu Anas (r.a) dengan membawa botol untuk mengumpulkan titik peluh rasulullah saw didalamnya, maka bertanyalah Rasulullah saw tentang hal demikian, lalu dijawabnya:-
" Ini adalah peluhmu ya Rasulullah saw , kami campurkan denagn minyak wangi kami , lalu menjadi harum baunya."( Riwayat muslim).
Ketahuilah , alangkah perlunya kaum muslimin mengambil pengajaran dari hidayah Rasulullah saw yang agung itu.Satu daripada hidayah rasulullah saw ialah perintah baginda supaya menjaga rambut dan memperbaikinya, mencantikkannya dengan rapi menurut syriat islam.
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Abu daud dari Abu Hurairah (r.a) . Dia berkata: Telah bersabda Rasulullah saw:
" Sesiapa yang mempunyai rambut hendaklah dia memuliaakannya" - (Riwayat Muslim)
Memuiakan rambut menurut yang dikehendaki oleh islam adalah dengan membersihkannya,meyikatnya, meminyakinya, membaiki fesyennya dan bentuknya.Rasulullah saw sangat benci melihat orang yang membiarkan rambutnya terbiar dan tidak terurus, mengerbang dan kusut masai dan kelihatan seperti hantu yang liar.Rasulullah saw menyamakan dengan syaitan lantaran buruk dipandang mata . Itu menurut hadis yang diriwayatkan oleh Al Imam Malik didalam Al Muatta' dari Ata' ibn Yasar dia berkata:
Semasa rasulullah saw berada didalam masjid, masuklah seorang lelaki dengan janggut yang tidak terurus dan rambutnya mengerbang lantaran itu rasulullah saw menunjukki kepadanya dengan tangan baginda seolah-olah menyuruh dia memperbaiki rambut dan janggutnya,lalu lelaki tersebut pergi mengemaskan rambutnya lalu kembali semula dihadapan Rasulullah saw, maka bersabdalah baginda:
" Tidakkah ini lebih baik dari kamu datang dengan kepala yang mengerbang rambutnya seolah-olah seperti syaitan?"
Nyatalah disini bahawa rasulullah saw menyerupakan lelaki yang kusut masi rambutnya dengan syaitan, sebagai satu pengajaran bagaiman kesungguhan islam kepada pemeliharaan, kebagusan , pemandangan dan keindahan bentuk dan gaya dan bagaimana pula bencinya baginda terhadap perbuatan yang membiarkan diri dan pakaian dalam keadaan yang tidak terurus dan rapi sehingga tidak manis dipandang mata.
Rasulullah saw yang mulia sentiasa mengingatkan tentang gaya dan bentuk yang molek dan indah bagi manusia. Baginda tidak pernah melihat seorang lelaki yang buruk keadaannya dan membiarkan rambutnya tidak terurus , tidak disikat kecuali baginda menegurnya,diatas kelalaian , kecuaian dan penghinaan terhadap dirinya .
Iamm Ahmad dan Nasai' dari Jabir r.a , dia berkata
" Telah datang rasulullah saw menziarahi kamu lalu melihat seoarang lelaki mengerbang rambutnya , maka bersabdalah baginda yang bernaksud
"Tidaka ada sesuatu pada orang ini yang dapat dipergunakan untuk mengemaskan rambutnya?" (Riwayat muslim)
No comments:
Post a Comment