Kenapa semua orang tak sedar bahawa bila saja kamu mengucapkan
MERRY CHRISTMAS
maknanya
BERSETUJU
bahawa Jesus Christ dilahirkan pada 25 Disember dan anda bersetuju
bahawa dia adalah anak tuhan.
Nauzubillah.
Itulah namanya
SYIRIK
Semua dosa diampunkan kecuali dosa syirik
Oktober 16, 2006 — sulaiman- nasbun nurain
ALLAH pengampun segala dosa. Jangan putus harap dengan ALLAH.
Az-Zumar [53] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Semua dosa diampunkan kecuali dosa syirik.
An-Nisa [116] Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
Orang yang mati dalam syirik masuk neraka sekalipun syirik kecil.Contoh syirik kecil seperti mengatakan “makan panadol boleh sembuh penyakit”. Hakikatnya ALLAH yang menyembuhkan. Syirik ini boleh disettlekan dengan istigfar.
Syirik yang paling besar ialah KAFIR. Namun orang kafir yang masuk ISLAM dihapuskan segala dosanya sebelum masuk ISLAM. Buka buku baru.
Bertaubatlah dan menyesal, berazam tidak buat lagi. Sekiranya “terbuat” lagi, taubat lagi. Selagi nyawa masih ada(belum dihalkum) atau selagi qiamat belum tiba.
Kembalilah pada ALAH dan RASUL, jangan sakiti orang ISLAM yang lain, samada dengan anggota, mulut.
No comments:
Post a Comment