Wednesday, January 2, 2013

2.3.4 Menguasai Pengkhususan (Specialise) sesuatu bidang yang diceburi.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh









Muslim yang sedar memandang berat terhadap sesuatu pengkhususan bidang, lantas dia menumpukan segenap tenaga nya dan mengorbankan segala perhatiannya kepada jurusan itu.Dia menghadapinya sungguh-sungguh sebagai seorang muslim yang yakin bahawasanya usahanya dibidang pengkhususan itu adalah sautu
perkara yang wajib keatsanya , smaada pengkhususan itu dari ilmu syariat islam, ilmu agama ataupun ilmu pengetahuan dunia , seperti ilmu sains,fizik,kimia, kejuruteraan, falak, kedoktoran, teknik perniagaan  dan berbagai-bagai lagi ilmu , yang ia pakar mengenainya dengan cukup baik.
Segenap tenaganya dipergunakan untuk membaca buku-buku yang berhubung dengan ilmu itu didalam berbagai bahasa sekiranya dia mampu berbuat demikian.Lantaran itu akalnya sentiasa mendapat pengetahuan baru dan idea yang bernas dari ilmu tersebut, dengan mutalaah dan membaca terus menerus disegala jurusan dan selok belok ilmu tersebut, Dengan demikian muslim yang benar dan sedar pada zaman ini ialah yang mampu membuktikan kejayaan ilmiahyang tinggi menyebabkan dia dipandang tinggi dan hebat, agung dan dihargai serta dimuliakan . Ilmu itu kemudiannya mengangkat tarafnya kedarjah kemuliaan
dan ketinggian, Dengan ketinggian itu dakwahnya pun dipandang tinggi , risalahnya dan jihadnya dipandang mulia dan agung oleh manusia selagi dia merealisasikan ilmu itu dengan ikhlas dan kesungguhan serta adab-adabnya. Selagi dia berjalan dengan berbekalkan roh dan jiwa yang telah dipancarkan
islam dan udara ilmu, kerana islam telah menjadikannya sebagai suatu perkara wajibyang perlu dicapai.Sesiapa yang beramal dengan ilmunya akan mempunyai kedudukan yang hampir dengan Allah.

Ilmu itu adalah satu jalan untuk mencapai keredaan Allah. Dari sinilah kita dapati 'ulama-ulama dahulu bersungguh-sungguh menegaskan segala pengertian yang tingggi ini dalam mukaddimah-mukaddimah kitab-kitab mereka. Merka mencari ilmu sepanjang hidup mereka dan mengembangkannya dikalangan manusia,
hanyalah semata-mata mengharap redho Allah . Mereka hidangkan segala buah fikiran mereka kepada manusia semata-mata mengharapkan redha Allah yang maha mulia.

 

No comments: