بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Siri Tanyalah Ustaz 27 Januari Masjid Ar-Rahman
Soalan 4:
Saya ni selalu resah, tak tenteram. Bagaimana nak menjadikan hati saya ni tenang ustaz?
Jawapan:
Suka saya memetik pesanan sahabat, Ibnu Masud:
“Seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud dan menceritakan bahawa ia sedang dilanda risau, runsing, hatinya gelisah dan tidak tenteram. Ibnu Masud menyarankan agar mendatangi tiga tempat untuk menemukan ubatnya.
Pertama: Tempat orang membaca Al-Qur’an dengan mendengarkan baik-baik atau ia membaca sendiri Al-Qur’an itu dengan baik dan tartil.
Kedua: Mendatangi majlis ta’lim atau tempat-tempat orang yang sedang menuntut ilmu, mendengarkan syarahan.
Ketiga: Datang ke tempat-tempat yang sunyi untuk menyendiri dengan beribadah & dapat merasakan manisnya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Serta-merta ia berwuduk lalu mengambil Al-Qur’an dan dibacanya dengan khusyuk dan tawaduk. Tiada berapa lama kemudian, hatinya yang runsing dan gelisah itu telah berubah menjadi tenang dan tenteram.
Seorang hukamak pernah berkata:
“Ubat hati itu ada lima perkara iaitu membaca Al-Qur’an dengan kefahaman, mendekati orang soleh, bangun malam untuk beribadah, mengurangkan makan dan menghadiri majlis ilmu”.
Wallah hu a'lam
Prof Madya Ustaz Dr Ajmain Safar
TYDP IKRAM Johor
"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"
No comments:
Post a Comment