[Perkongsian] -- Habib Ali Zaenal Abidin.
"Tidur adalah sebahagian tanda kebesaran Allah SWT.Hal ini menunjukkan kita tidak boleh kerap untuk tidak tidur pada waktu malam.Bukan bermakna kita langsong tidak boleh untuk tidak tidur malam.Tetapi malam itu merupakan anugerah Allah kepada kita untuk merehatkan badan.Yg pernting mesti kena ada adab tidurnya.Barulah boleh menunjukkan tanda kebesaran Allah"
"Dalam perjalanan tidur,kita tidak dapat kawal keseluruhan anggota badan,TETAPI pemikiran kita masih boleh berjalan dalam tidur.Buktinya tanda kebesaran Allah"
Allahu Robbi !! :')
Kitab Bidayatul Hidayah - Syarah kepada Kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali m/s 79-80
Adab-adab Tidur.
1. Berbaring dengan samping sebelah kanan dan mengadap kiblat.
2. Bersuci sebelum tidur(yakni berwudhuk)
3. Meletakkan wasiat sebelum tidur.
-Wasiat kena sentiasa perbaharui[kata ulamak].Diletakkan disebelah bantal."Tidur ini adik-beradik kepada mati".Maknanya tidur apabila tiba ajal,Maka terus mati.
4. Bertaubat dan banyakkan beristighfar sebelum tidur
-Doa kita diampunkan Allah,Maka jiwa boleh bersih
5. Jangan sediakan hamparan untuk tidur terlalu awal
6. Jangan tidur lebih dari 8 jam, kerana jika kita berumur 60 tahun maka 1/3 dari umur kita itu (yakni 20 tahun) adalah dibazirkan untuk tidur.
-Maknanya perumpamaan.1/3 drpd 24 Jam[sehari] sama sahaja ketika umur 60 tahun yakni 1/3 drpd umur itu jadinya 20 tahun.@0 tahun kita telah bazirkan masa untuk tidur SAHAJA.
#Tidur Secukupnya. Perlunya tidur bagi setiap umat Islam itu kerana tidur itu adalah sunnatullah dan juga salah satu dari tanda-tanda kebesaran Allah.
Wallahu'alam.
~Allahummasollia'lasayyidinaMu
No comments:
Post a Comment