Tuesday, March 19, 2013

4.2 Isteri yang dicari oleh muslim.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد






Jika kita melangkah menurut pandangan yang mulia dan tinggi terhadap perkahwinan dan wanita, seorang muslim yang benar tidak akan terpedaya oleh mazhar (kenyataan) lahiriah yang mempesonakan tetapi kosong semata-mata dijadikan topeng oleh sebahagian gadis-gadis zaman moden ini.
Pemuda yang sebenar hanya akan tertarik kepada peribadi putri islam yang sempurna, almuslimah alkamilah. Oleh kerana itu dia akan lebih teliti tanpa gopoh gapah memilih pasangan hidupnya, mencari-cari puteri islam yang menghiasai dirinya dengan sifat sifat islamiah yang tinggi yang dapat merealisasikan kehidupan rumahtangga yang kukuh dan bahagia Lantaran itu dia tidak akan mencarinya berdasarkan kecantikan , kejelitaan, keindahan perhiasan dan berbagi lagi bentuk lahiriahseorang gadis yang biasanya menawan hati seorang pemuda yang kosong jiwanya, yang tertariak kepada perhiasan dan kemewahan hidup kebendaan.
Pemuda islam yang sejati, disamping bentuk lahiriah yang menawan itu , ia akan mencari puteri islam yang beragama islam, yang mulia dan  berpegang teguh dengan agama. yang mempunyai akal yang tajam, sejarah hidup yang baik, kerana berpandu kepada hadith rasulullah saw yang bermaksud:

" Dinikahi seorang perempuan kerana hartanya, kerana pangkat keturunannya, kerana kecantikannya , dan kerana agama, yang taat setia kepada  islam, semoga engkau berbahagia. " ( Riwayat Bukhari dan Muslim ).

Sesungguhnya rasulullah saw mewasiatkan pemuda islam supaya dia memilih puteri islam yang beragama, yang taat setia kepada ajaran islam.tidaklah bererti menfikan minat para pemuda islam kepada kejelitaan dan keindahan bentuk lahiriah seorang puteri islam. Padahal Rasulullah saw sendiri telah menyuruh lelaki memandang kepada wanita yang diminatinya sebelum akad nikah supaya muslim itu tidak terlibat didalam
suatu perkahwinan dengan seorang wanita yang tidak menarik perhatiannya, tidak menyenangkan hatinya dan tidak menyedapkan pandangan matanya ketika melihat wanita tersebut.


Dari al mughirah bin Syukbah dia berkata:

" aku telah meminang seorang wanita dizaman rasulullah saw lalu rasulullah saw bersabda : " Sudahkah engakau meliahat dia? "tidak" jawabku " Maka hendaklah engkau melihat dia kerana sesungguhnya yang demikian lebih menambahkan kasihsayang dan bersefahaman diantara kamu berdua". Tegas Rasulullah saw (Riwayat An-Nasai) 


Telah datang seorang lelaki untuk meminang seoarang wanita dari kalangan ansar kepada Rasulullah saw , maka sabda rasu;lullah saw kepadanya:

" Sudahkah engkau melihat dia? Tidak. jawab lelaki tersebut. Maka hendaklah engakau memandang kepadanya. " Tegas rasulullah (s.a.w ).

Rasulullah (s.a.w ) telah juga menegaskan bahawa sanya kecantikan itu adalah sifat asasi yang dicari oleh lelakipada diri seorang wanita yang salihah disamping sifat maknawiah dan rohaniah yang lain tetapi realitinya tiap-tiap sifat itu tidak dapat mencukupi yang lain.
Kalau boleh ditemui seoarang wanita yang sempurna padanya empat sifat yang disebutkan tadi maka itu adalah lebih baik. Akan tetapi jarang sekali kita berjumpa dengan puteri islam yang dilengkapi dengan keempat-empat sifat tersebut.

' Seorang yang telah bertaqwa kepada Allah , tidak akan mendapat keuntungan yang lebih baik kecuali jika ia mendapat keuntungan yang lebih baik kecuali ia mendapat isteri yang salihah. Jika dia menyuruh isterinya dia taat dan setia . Jika ia memandang kepadanya (isterinya) mengembirakan dia. Jika ia bersumpah, isterinya berbuat baik kepadanya. Jika ia bepergian (tiada disisinya isterinya ), isterinya memelihara
diri nya dan menjaga harta suaminya. (riwayat Ibn Majah)

Dari abu hurairah (r.a) dia berkata:

" Telah ditanya rasulullah saw manakah wanita yang baik?". Yang menyenangkan dia apabila dia memandang kepadanya , dan taat kepadanya apabila dia menyuruhnya dan tidak membuat sesuatu yang dibenci suaminya didalam dirinya (isteri) dan harta suaminya."- (Riwayat Ahmad).



Pandangan rasulullah saw yang jelas dan benar terhadap peribadi wanita adalah satu gambaran tentang wanita yang mampu membawa bahagia,ketenteraman , ketetapan , kerukunan dan redha kepada rumahtangganya, kepada naka-anaknya. Seterusnya menjadi pendidik generasi baharu,
pembentuk pahlawan, pembangun putera puteri yang cerdik cendikawan dan gagah perkasa. Inilah yang dikehendaki oleh rasulullah saw dari  ummah baginda . Islam menghendaki supaya perkahwinan itu dibangunkan diatas asas yang kukuh dan teguh, yang seimbang diantara bentuk jasmani dan rohani , akal dan perasaannya.Supaya perkahwinan itu menjadi teguh , tahan lasak ,kuat yang tidak goncang oleh pertentangan
tabiat , tidak rebah oleh godaan hawanafsu.

Oleh keran itu muslim yang benar yang mengikuti petunjuk agama dan syariatnya disegala langkah-langkahnya tidak akan jatuh cinta kedalam perangkap samar seorang wanita yang kelihatan seperti wanita rupawan, tetapi dibesarkan dan diasuh didalam suasana yang jahat , buruk akhlaknya ,yang keji sifatnya . Ada oarang berkata :

"Berjaga-jaga dari wanita-wanita jelita yang buruk budi pekertinya."-

No comments: