Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Teringat kata-kata pensyarahku suatu ketika dulu;
‘Nak tahu bagus atau tidak bagus agama dalam sesebuah keluarga itu,perhatikan pada waktu paginya.Siapa yang bangun dulu, suami atau isteri?Isteri yang kejutkan suami atau suami yang kejutkan isteri?’
‘Tambah pensyarahku lagi,kalau suami yang bangun dulu kejutkan isteri,InsyaAllah suasana beragama dalam keluarga itu sangat bagus.Apatah lagi isteri dan ahli keluarganya itu dikejutkan oleh suami sebelum azan subuh berkumandang’
Suami sebagai ketua keluarga.Suami adalah penggerak dan perancang utama dalam membentuk isteri dan anak-anak agar mencintai agama dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan.Sebab itu suami yang soleh dia akan sentiasa memastikan suasana beragama itu dipraktikkan dari subuh hari lagi.Bermula dengan mengajak isteri dan anak-anaknya untuk solat subuh berjemaah.Di sini, suami adalah penggerak utama.Suami memainkan peranan yang paling penting kerana suami adalah ketua kepada sesebuah keluarga.
Apabila ketua telah mengeluarkan arahan dan perintah, maka dengan mudah orang-orang bawahannya akan akur dan menurut tanpa membantah.Justeru segala yang dirancang oleh ketua dapat dilaksanakan dengan mudah dan berjaya.
Begitulah juga bagi seorang suami yang soleh,menanam kecintaan kepada agama dalam diri ahli keluarganya akan menjadi mudah apabila suami yang memainkan peranan utama bermula dari awal pagi.Isteri pasti akan membantu dan anak-anak akan sentiasa akur,kerana mereka sangat menghormati ketua iaitu suami yang juga seorang ayah.
Justeru,para suami dan bakal suami tanamkan tekad untuk jadi suami soleh.Berazamlah untuk menjadi orang yang pertama bangun pagi lantas mengejutkan isteri dan anak-anakmu.Sungguh besar ganjaran buatmu di sana nanti.Wahai para suami,peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu....
Disalin dari Permata hatiku
No comments:
Post a Comment