Saturday, March 23, 2013

4.3 Penuh iltizam dalam mengikuti ajaran islam didalam kehidupan bersuami isteri:

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد





Muslim al hak, yang benar, setelah selesai akad nikah , hendaklah sentiasa beriltizam disepanjang jalan hidup menurut petunjuk agamanya, menurut hidayah yang tinggi didalam pergaulannya dengan isterinya dan berkira bicara dengan isterinya. Jika kita merenungi petunjuk
islam yang agung ini, didalam wasiatnya  tentang memepergauli isterinya dan dorongannya supaya menghormati wanita , dan memuliakannay  serta bermuamalah dengan sebaik-baiknya  kepada wanita ( kepada isteri), nescaya kita dapat melihat satu perkara yang patut dikagumi.

Islam berwasiat kepada kaum muslimin supaya mereka melayani kaun wanita dengan sebaik-baiknya dan meletakkan wanita kepada suatu darjahyang tinggi yang tidak pernah yang diberikan oleh agama yang lain dari agama ini. Rasulullah aw menyeru seluruh kaum lelaki:-

" Berwasiatlah kamu dengan cara yang baik kepada wanita sebab mereka dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok, Dan sesungguhnya bahagian bahagian yang paling bengkok didalam tulang rusuk itu ialah bahagian yang paling atas. Jika anda hendak meluruskannya secara keras dan paksa nescaya engakau akan patahkan dia dan jika anda membiarkan dia, demikian ia akan sentiasa bengkok. Maka berwasiatlah kamu dengan baik kepada wanita."
(Riwayat Bukhari dan muslim).

Dalam riwayat yang sahih . Rasulullah saw bersabda:

"Sesungguhnya wanita itu seperti tulang rusuk yang bengkok. Jika kamu paksa untuk meluruskan dia nescaya kamu patahkan dia. Dan jika kamu
berlemah dengannya kamu akan dapat menikmati dia, dan padanya ada kebengkokan." (Riwayat Bukhari dan muslim).

Dan dalam riwayat muslim:

" Dan sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok, tidak akan dapat menikmati dia walau ada padanya kebengkokan . Jika kamu bertindak untuk meluruskan dia , secara paksa nescaya kamu akan patahkan dia, patahnya ialah talaknya.

(Riwayat muslim).

Dalam perumpamaan dari Nabi saw yang dalam ertinya ini. Ternyata satu penjelasan yang tinggi terhadap hakikat wanita dan bakatnya menurut tabiat kejadiannya . Walau pun dia tidak lurus didalm sesuatukeadaan sebagaimana dikehendaki oleh suami, oleh itu suami muslim haruslah memahami bahawa yang demikian itu adalah merupakan sikap, tabiat dan sifat semulajadi nya. Janganlah dipaksa paksa meluruskan diatas jalan yang difikirkan benar atau yang sempurna , tetapi sebaliknya hendaklah dijaga tabiat kewanitaannya yang istimewanya itu.

Hendaklah diterima hal keadaannya sebagaimana Allah menciptanya , walau pun padanya da ciri-ciri kebengkokan atau kelemahan dari apa yang diharapkan dan disukai oleh suami dalam sesuatu perkara, Sekiranya suami enggan menerima hakikat yang demikian dan berkeras hati untuk meluruskannya menurut kehendaknya dan tabiat suami, maka samalah keadaaannya dengan sorang yang hendak meluruskan tulang rusuk yang bengkok tiba-tiba dia terpatah.Biasanya mematahkan perempuan bererti menceraikan dia (talak dia).

Seorang suami muslim yang tulin , yang benar-benar memahami petunjuk nabawi yang tinggi dan menurut hidayah yang berdasarkan kefahaman yang mendalam terhadap jiwa wanita dan pembinaannya , akan mampu bertolak ansur akan kelakuan isterinya dan memejamkan mata dari sebahagian tindak tanduk isterinya yang tidak melanggar shariah kerana menghargai kejadian  dan fitrah semual jadinya. Jika suami dapat bertolak ansur demikian terhadap isterinya dia akan dapat membangunkan sebuah rumahtangga yang aman bahagia , tanpa sengketa dan permusuhan.

Orang yang merenungi hadis ini , dapat melihat bahawa Rasulullah saw telah memulakan sabda baginda tadi dengan ucapan: "Berwasiatlah dengan cara yang baik" Setelah selesai menghuraikan peribadi wanita , baginda menutup sabda baginda dengan ucapan yang sama. " Berwasiatlah dengan cara yang baik kepada wanita."
Lihat! alangkah besarnya perhatian Rasulullah saw kepada kaum wanita . Alangkah mendalamnya fahaman rasulullah saw terhadap jiwa wanita, alangkah besarnya kasihsayng rasulullah saw kepada kaum wanita. Lantaran itu tidak ada jalan lain kepada muslim kecuali mengikuti petunjuk  dan hidayah
rasulullah saw dan melaksanakan hidayah itu setiap waktu.

sambung 4.3a

No comments: