Saturday, March 23, 2013

4.3a Penuh iltizam dalam mengikuti ajaran islam didalam kehidupan bersuami isteri:

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد


Perhatian rasulullah saw terhadap kaum wanita begitu mendalam dan begitu tinggi sehingga baginda tidak melupakannya dalam khutbah haji wida'. Khutbah yang istimewa ini menjelaskan intisari agama islam yang patut diwasiatkan kepada muslimin  setelah rasulullah saw merasai inilah perjumpaan
yang terakhir dengan mereka didalam ibadah haji, Rasulullah saw telah berkhutbah dengan khutbah yang agung dan penuh dengan pelbagai hikmah dan hidayah yang mulia. Dia tidak lupa berwasiat kepada kaum muslimin supaya berbuat baik terhadap kaum wanita. Lalu rasulullah saw memulakan ucapan baginda yang berkenaan  wanita yang menunjukkan tentang perhatian dan penjagaan baginda terhadap kaum wanita.

" Ketahuilah : berwasiatlah dengan cara yang baik kepada kaum wanita kerana sesungguhnya mereka itu adalah penolong kamu , kamu tidak mempunyai hak dari mereka kecuali yang demikian, kecuali mereka membuat satu kejahatan yang nyata, sekiranya mereka membuatnya , maka berpalinglah dari mereka diperbaringan, dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan, maka sekiranya mereka taat kepada kamu , maka janganlah kamu mencari jalan keatasnya . Ketahuilah bagimu ada hak keatas mereka dan bagi mereka ada hak keatas kamu, maka hak kamu keatas mereka , janganlah kamu membenarkan tikar kamu  dipijak orang yang kamu benci. Dan mengizinkan rumahmu dimasukki oleh orang yang kamu benci. Ketahuilah ; bahawa hak mereka keatas kamu , kamu mesti menyediakan kepada mereka pakaian dan makanan mereka."

( Riwayat Tarmizi, Nasa'i dan Ibn Majah)

Itulah nasihat yang didengar oleh setiap suami muslim yang benar dan sedar, dia akan dapat melihat didalam petunjuk yang benar dan bijaksana, batas-batas hak-hak dan kewajipan suami terhadap isteri didalam konteks berbuat baik kepada wanita , mengasihani mereka dan berbuat ikhsan dan berbakti kepada mereka,tidak ada jalan untuk menzalimi isteri atau menyusahkan dia didalam rumah tangga suami.

Sebenarnya banyak lagi wasiat nabi saw kepada suami supaya dia berbuat baik kepada isterinya , sehingga sampai kepada batas yang menjadikan suami yang berbuat baik kepada isterinya tergolong dari kalangan umat yang terpilih, terutama dan terbaik.

 " Yang paling sempurna dari mukmin ialah orang mukmin yang paling baik akhlak dikalangan mereka, dan orang yang paling baik dikalangan kamu ialah
yang paling baik melayani isteri-isteri mereka. ( Riwayat Attramizi dan Ibn . Hibban). 


Serombongan wanita telah datang mengadap rasulullah saw untuk mengadukan hal suami mereka kepada baginda : lalu mereka mengistiharkan kepada rasulullah saw
terhadap kaum lelaki, rasulullah saw lantas bersabda:

" Sesungguhnya ramai wanita yang mengunjungi keluarga muhamamd , yang mengadukan hal suami mereka , mereka itu (suami-suami) bukanlah orang-orang baik
dari kalangan kamu." ( Riwayat Abu Daud, Nasai.dan Ibn Majah) 


Islam telah mempertingkatkan lagi didalam kefahaman ini mengenai wanita dan memuliakannya serta mewajibkan kepada suami supaya dia berbuat baik kepada isterinya , berkira bicara dengan cara yang sebaik-baiknya , bermuamalah dan bergaul dengan baik , sekalipun suami benci kepada isterinya.
Ini adalah satu darjah tinggi yang tidak pernah dimimpikan oleh isteri sepanjang sejarah kemanusiaan kecuali didalam islam. Ini bukanlah hanya mimpi tapi satu kenayataan, satu kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh suami terhadap mereka.

Firman Allah - Annisa' : 19.



Sesungguhnya potongan ayat quran ini mampu meneyentuh perasaan muslim yang benar, ia mententeramkan perasaan marahnya dan meredakan kebenciannya terhadap isterinya. Dengan demikian , islam memelihara ikatan suami isteri dari perpisahan dan memelihara hubungan suci supaya tidak terdedah kepada tikaman perasaan yang berubah-ubah dan ketololan serta kecenderungan membabi buta yang terbang kesana kemari tak tentu arah.

Alangkah agungnya perkataan Saidian Umar Ibn Al Khattab (r.a) kepada seoarng lelaki yang hendak mentalakkan isterinya lantaran kebencian terhadapnya;
" Celakalah engkau; adakah rumahtangga itu dibangunkan diatas dasar cinta sahaja? Dimanakah letaknya ri'ayah dan tanggungjawab?.

Ssengguhnya ikatan zaujiah , ikatan perkahwinan didaaml islam adalah lebih agung daripada aliran perasaan yang seni , lebih mulia dari tekanan naluri kebinatangan yang membuta tuli. Seorang muslim yang benar itu mempunyai bekalan yang cukup, berupa marwah, kepandaian, kemuliaan,kebaikan, kesabaran,lapang dada dan akhlak yang mulia. Ciri-ciri inilah yang menjadikan dia meningkat kedalam darjat yang tinggi didalam bergaul dengan isterinya yang sedang dibenci itu.Menjauhkan diri dari dilanda arus deras nafsu kebinatangan, tamak haloba dan kehinaan orang yang kehampaan.

Tak ada jalan lain baginya keceuali mengikut perintah tuhannya, dia akan bergaul dengan cara yang baik  kepada isterinya sekalipun dia benci kepadanya.Dia akan sentiasa memikirkan firman tuhan yang maha mengetahui segala apa yang tersembunyi padanya dan banyak sekali perkara yang tersembunyi yang tidak dapat diketahuinya. Sesungguhnya manusia itu kadang-kadang membenci satu perkara dan jijik kepadanya dan suka menjauhinya padahal pada hakikatnya perkara itu mengandungi kebaikan dan dipenuhi berkat. Oleh kerana itu, muslim yang benar dapat mengenali sebab musabab mengapa dia mencintai ,dan mengapa dia membenci.Oleh kerana itu dia tidak akan mudah melatah bersama orang yang dicintainya seperti latahan orang yang sasul dan buta sebaliknya tidak pula dengan mudah membuat tuduhan palsu terhadap orang-orang yang dibenci, seperti melemparkan tuduhan palsu terhadap orang yang berpaling tadah,dibenci kerana engkar dan degil tetapi dia sentiasa mengambil jalan tengah dan adil dan insaf diantara dua suasana benci dan cinta.

Rasulullah saw yang agung telah menerangkan bahawa sifat isteri itu bagaimana dibenci oleh suaminya , dia masih tetap mempunyai ciri-ciri kebaikan yang boleh dicintai oleh suaminya . Tidaklah wajar mengutamakan perkara yang dibenci melebihi perkara yang dicintai.


" Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah , jika dia membenci salah satu sifat daripadanya , dia suka satu sifat yang lain pula darinya."

 ( Riwayat muslim)

Ertinya jangalah seorang suami membenci isterinya kalau dia tidak suka salah satu sifat -sifat isterinya , pun begitu dia boleh mendapat satu sifat lain yang terpuji yang ada pada isterinya. Tidak ada gading yang tidak ada retaknya , tidak ada yang sempurna kecuali Allah. Manusia tidak sunyi dari
kesalahan, tidak sunyi dari cacat dan cela.

No comments: