Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Kejadian ini boleh terjadi kerana pengaruh sistem hidup barat, cara hidup barat yang serba jahiliah dan serba kebendaan ,yang telah memrangi fikiran dan menguasai serta meracuni sebahagian terbesar kaum muslimin didunia islam zaman ini. Mereka langsung tidak memberi perhatian dan perhitungan untuk berkhidmat bakti kepada ibubapa dan tidak memelihara mereka disat ketuaan mereka, tidak dapat memelihara kduanya dari perasaan kehilangan dan kehinaan tatkala keduanya sudah mencapai umur yang lanjut.
Inilah bentuk faham dan sistem yang tidak memikirkan hal ehwal ibubapa kecuali hanya mementingkan isteri dan anak-anaknya tanpa memandang sedikit kebelakang terhadap ibubapanya. Mereka tidak sudi melayangkan pandangan cinta, kasih sayang , khidmatbakti, kesetiaan dan
budibaik kepada generasi tua yang telah ketinggalan zaman. Mereka yang tadinya berjaga siang dan malam memeliharanya,yang telah mengorbankan segalanya samaada yang mahal atau yang murahdalam rangka memebesarkan dan mempersiapkan anaknya untuk menghadapi hidup. Kiata dapat melihat
gelagat manusia jahiliah dizaman jahiliah moden ini , apabila dia memikirkan tempat kediaman yang menyenangkan , pakaian yang mewah, makanan yang enak, pelancungan yang nyaman, mereka hanya memikirkan isteri dan anak-anaknya sahaja, Tidak terlintas langsung didalam benak
dan otaknya, tidak terbayang langsung didalam ingatannya teantang bagaiman gerangan ibubapanya didalam nikmat ini? Padahal kedua-duanya sangat berhajat kepadanya. Sangat-sangat berharap supaya nikmat yang demikian diterima seberapa segera dari anaknya yang disayang.
Sesungguhnya sifat berbakti , berkhidmat , taat setia kepada ibubapa , dan mengadap keduanya dengan hati yang penuh rasa cinta , dengan tangan terbuka menghulurkan pemberian dengan perkataan yang lunak , lemah lembut, yang baik dan mesara , dan dengan senyum simpul yang berseri-seri
yang memancarkan rasa kasih sayang , adalah satu sifat yang mulia yang berpunca dari akhlak muslimin. Adaah tidak wajar sikap dan sifat itu terlindung dari muslimin,apalagi lebih tidak wajar jika sifat denikian hilang hilang dari mereka walau bagaimanpun putar belit hidup ini.
Walau bagimanpun pergolakan dan perubahan yang membanjiri hidup ini.Walau bagaiman sekalipun banyaknya adat kebiasaan yang diimpot dari luar.Akhlak mulia inilah nanti yang dapat memelihara mereka dari hati yang keras seperti batu dan memperlindungkan diri mereka dari sikap ego
yang keji dan ananiah yang jahat itu. Akhlak itulah juga yang akan membawa mereka kembali kepangkal jalan , kepada kebenaran, kepada kemanusiaan mereka dan kepada kesetiaan mereka.
Dipihak yang lain pula para pendukung jahiliah tersungkur kedlam lembah egoisma, tersungkur diatas pangkuan atheisma , ilhad dan kufur yang akan membawa mereka terhumban jatuhdidalam lubang neraka yang luas itu. Akhlak islam itu juga yang akan membawa mereka kepada kebahagiaan yang sejati, bahagia didunia dan bahagia diakhirat memasuki syurga Jannatunna'im.
dan mencapai keredhaan Allah yang maha pengasih dan penyayang.-- end bab 3( muslim terhadap ibubapa)
No comments:
Post a Comment