Sunday, March 10, 2013

Azab kubur tu siksa tau.....

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




ABU LAITS AS-SAMARQANDI berkata, kalau seseorang itu hendak SELAMAT DARI SEKSA KUBUR hendaklah melazimkan EMPAT perkara berikut :-

1] Hendaklah ia MENJAGA SOLATNYA..
2] Hendaklah dia RAJIN BERSEDEKAH...
3] Hendaklah dia RAJIN MEMBACA AL-QURAN...
4] Hendaklah dia MEMPERBANYAKKAN MEMBACA TASBIH kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya...

ADAPUN EMPAT PERKARA YANG HARUS DIJAUHI IALAH :'

1] Jangan BERDUSTA...
2] Jangan MENGKHIANAT...
3] Jangan MENGADU-DOMBA (jangan suka MENGHASUT)..
4] Jangan KENCING SAMBIL BERDIRI @ KENCING TIDAK BERSIH...
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya KEBANYAKAN SEKSA KUBUR ITU BERPUNCA DARI KENCING." [HR Muslim]...

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia SEORANG ALIM ULAMA' atau seorang berpangkat besar, atau SEORANG PEMIMPIN TERTINGGI, atau anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah S.W.T.... KUBUR AKAN MELAYAN SESEORANG ITU MENGIKUT AMAL SOLEH yg telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini....

Jangan sekali-kali kita berfikir, dengan cara KITA MENGHAFAL JAWAPAN2 KEPADA SOALAN MUNKAR NAKIR, KITA AKAN DAPAT MENJAWAB setiap soalan yang dikemukakan dengan baik....
SESEORANG ITU TIDAK AKAN DAPAT MENJAWAB SETIAP SOALAN DI ALAM KUBUR, JIKALAU DIA TIDAK MENGAMALKANNYA, sebab yang akan menjawab soalan2 itu adalah amal solehnya sendiri....

KALAU TIDAK ADA AMAL SOLEH SEMASA DI DUNIA, tentulah dia akan menerima azab yang setimpal di alam kubur......


Dalil-dalil dari Al-Hadith.

Jika direnung dengan cermat hadis-hadis yang berkaitan dengan azab dan nikmat kubur nescaya kita akan dapati bahawa hadis-hadis tersebut adalah sebagai perincian dan tafsiran terhadap ayat-ayat Al-Quran yang berhubungan dengannya. Adapun hadis-hadis tersebut , antaranya :

Daripada Ibn Abbas r.a. : " Sesungguhnya Nabi s.a.w. melalui dua kuburan , lalu baginda s.a.w bersabda : Sesungguhnya kedua dua penghuni kuburan ini sedang disiksa dan mereka tidaklah disiksa kerana dosa besar , adapun yang seorang disiksa kerana tidak istinjak setelah kencing , sedangkan yang satu lagi kerana suka mengadu-domba. Kemudian baginda s.a.w. meminta satu pelepah korma lalu dibelahnya menjadi dua , lalu bersanda : Semoga pelepah korma ini akan dapat meringankan siksaan mereka berdua selama ia belum kering ".( HR Bukhari dan Muslim )

Daripada Zaid Bin Thabit r.a berkata : Ketika Rasulullah s.a.w. berada di kawasan Bani Najjar sambil menonggang baghlnya dan kami bersamanya , tiba-tiba baghlnya terkejut dan hampir saja baginda terjatuh. Kiranya di kawasan itu terdapat enam atau lima atau empat kuburan , lalu baginda s.a.w. bertanya : Siapakah di antara kamu yang mengetahui penghuni-penghuni kuburan ini ? Seorang lelaki menjawab : Saya. Baginda s.a.w. bertanya lagi : Bilakah mereka mati ? Lelaki tersebut menjawab : Mereka mati dalam syirik. Lalu baginda s.a.w. bersabda : Sesungguhnya umat ini (penghuni-penghuni kuburtan ini) sedang disiksa di dalam kuburan mereka. Andaikata mereka tidak dikuburkan nescaya aku memohon kepada Allah agar Dia memperdengarkan kepada kamu siksaan kubur sebagaimana yang aku mendengarnya. ( HR Muslim )

Daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda : " Jika salah seorang dari kamu selesai membaca tasyahhud akhir (dalam solatnya) maka hendaklah ia memohon kepada Allah daripada empat perkara : Daripada azab Jahannam , dan daripada azab kubur , dan daripada fitnah hidup dan mati , dan daripada fitnah Dajjal ". ( HR Muslim dan Semua Sunan )

Daripada 'Aisyah r.a. katanya : Seorang wanita tua daripada kalangan orang-tua orang-tua Yahudi Madinah telah masuk menemuiku , lalu dia berkata : Sesungguhnya penghuni-penghuni kubur disiksa di dalam kuburan mereka. 'Aisyah r.a. berkata : Aku merasa ragu untuk membenarkan (ucapannya) itu. Lalu dia (wanita-tua itu) keluar. Dan ketika itu Rasulullah s.a.w. masuk menemuiku ,maka akupun bertanya : Ya Rasulallah ! Sesungguhnya seorang wanita-tua daripada kalangan wanita-tua wanita-tua Yahudi Madinah masuk menemuiku dan dia mendakwa bahawa penghuni-penghuni kubur disiksa di dalam kuburan mereka ? Baginda s.a.w. bersabda : Benar dia , sesungguhnya mereka disiksa dengan siksaan yang boleh didengar oleh semua binatang. Aisyah r.a. berkata : Setelah peristiwa itu aku tidak pernah melihat baginda s.a.w. solat melainkan baginda s.a.w. memohon perlindungan daripada siksaan kubur. ( HR Bukhari dan Muslim )

No comments: