Sunday, March 10, 2013

BAB 4- MUSLIM TERHADAP ISTERINYA.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد



4.1. Pandangan islam kepada perkahwinan dan wanita.



Perkahwinan didalam islam adalah ketenteraman jiwa, kesenangan hati, ketetapan dhomir, penyelarasan hidup diantara suami isteri diatas dasar cinta dan rahmah, kasih sayang, harmonis , tolong menolong , bertolak ansur , nasihat menasihati , pimpin memimpin  dan mengorak
langkah yang seirama supaya keduanya  mampu membina satu suasan yang indah , mesra dan penuh kasih sayang. Dengan membangun sebuah rumahtangga bahagia , akan terbukalah kesempatan yang luas dan baik untuk membangunkan pula generasi baru  dan kemudiannya mampu
membentuk mereka menjadi putra puteri islam yang sejati dan selamat sejahtera didalam pangkuan keluarga islamiah (al usrah al muslimah) yang penuh bahagia lahir batin.

Al Quran nul karim telah menggambarkan hubungan fitrah yang abadi ini dinatar lelaki dan wanita didalam satu gambaran yang seni  dan mengasyikkan serta menawan hati, ibarat hembusan angin sepoi-sepoi yang melahirkan ketenteraman dan ketenangan. Daripadanya berhembus -hembus bau harum semerbak cinta, rahmah kasih sayang didalm konsep persefahaman yang sejati.

Firman Allah ( Arrum:21)



Inilah percantuman antara jiwa dengan jiwa didalam satu percantumn yang paling kukuh.Allah mencantumkan diantara diantar dua diri ini supaya keduanya dapat bersenang-senag dengan ketenteraman, ketetapan dan kerihatan didalam rumahtangga yang bahagia , penuh rasa cinta ,
kasih dan sayang yang sejati serta dinaungi rahmat dari yang pengasih.

Isteri yang salihah didalam islam adalah kesenangan hidup yang utama dan nikmat Allah yang terbesar kepada suami sebab dia dapat mententeramkan dari segala kesusahan hidup  dan keletihan dalam usaha mencari rezeki  dan kerja, lantas dia dapat mengecapi erti kerehatan , hiburan dan kelazatan dari isterinya yang tidak ada tolok bandingnya didalam hidup manusia

" Dunia ini adalah kesenangan dan sebaik-baik kesenangan ialah isteri yang salihah, isteri yang baik." ( Riwayat  Muslim)

Itulah pandang islam terhadap perkahwinan didalam ufuknya yang tinggi dan cemerlang, inilah pandangan islam terhadap wanita didalam
ketinggain konsep kewanitaan yang mulia.- bersambung - 4.2

Post a Comment