Monday, March 25, 2013

Cintakan yang haram , yang halal jadi kudis

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد


Seorang suami pergi berjumpa seorang imam dan berkata: " Saya dah lama berkahwin dan telah ada anak. sejak akhir-akhir ini saya dah jadi tak minat dengan isteri saya.
 Imam itu bertanya " Kenapa- adakah dia telah menjadi gemok?
Lelaki itu menjawab: "tidak"

Imam: " Adakah dia terlibat dalam kemalangan dan dia jadi cacat?
Lelaki: " tidak , dia masih kelihatan sama.

Kemudian imam itu bertanya: " Adakah anda payah nak tundukkan pandangan ketika wanita lain
lalu didepan anda? Adakah anda melihat laman lucah?

Lelaki: ' Ya. bagaimana tuan tahu?

Imam: " Bila anda terlibat dengan yang haram,dan jatuh cinta denganya . bila anda makan, tidur dan
bernafas dalam yang haram, dan yang halal menjadi kudis( gangguan )  bagi anda.

Bila baca kisah ini  baru terfikir ,patutlah rumahtangga hari ini begitu mudah goyah....
Post a Comment