Wednesday, April 10, 2013

4.6 Cerdik dan bijaksana terhadap isterinya.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh


Muslim al hak yang benara adalah seorang yang pandai dan cerdik mengambil hati isterinya . Daia tidak akan memperkatakan keburukan seorang dari ahli dan karabat isterinya dihadapannya. Dia tidak akan mengucapkan walau sepatah kata yang dapat melukai seorang dari ahli dan kerabat
isterinya kerana semata-mata memelihara perasaan dan hati isterinya. Dengan demikina isterinya akan lebih menghargai sikapnya yang mulia .
Demikian juga isterinya menghormati perasaannya , tidak akan membuat sesuatu atau memperkatakan sepatah perkataan yang boleh menyakiti ahli dan kerabat suaminya. Jadi menjaga perasan isteri, dan isteri menjaga perasaan suami, itulah sikap terpuji menurut islam.

Suami yang muslim, benar dan sedar tidak membuak rahsia isteri yang telah diamanahkan kepadanya, tidak akan menyebarkan berita yang dikhaskan oleh isterinya kepadanya.Keduanya saling memelihara rumahtangga masing-masing . Tidak mendedahkan rahsia rumahtangga yang perlu dirahsiakan.
Kerana menyibarkan perkara-perkara yang seperti itu , selalu meletupkan gunung berapi permusuhan suami isteri, dan memadamkan api cinta yang meluap diantara keduanya. Suami yang muslim , bijaksana dan pandai akan terpelihara dari keburukan seperti itu. Selagi dia menimba dari mata air islam yang jernih dan suci dan beradab dengan peradaban islam yang tinggi dan lurus.

No comments: