Saturday, April 13, 2013

4.8 Pandai menyelaraskan diantara keredhaan isterinya dengan khidmat baktinya kepada Ibu bapa.

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




Suami muslim yang soleh dan sedar , mengetahui bagaimana menimbanga dan menyelaraskan diantara keredhaan isterinya dan ibubapanya. Dia akan mempergunakan kebijaksanaan, kepintaran dan kesabarannya .kewibawaannya dan kekuatan peribadinya didalam segala pergaulan dan muamalah
dengan isterinya dan ibubapa sehingga dia tidak akan berlaku zalim kepada satu pihak. Dia akan cuba berlaku adil kepada kedua-dua belah pihak.
Dalam satu masa dia tidak akan menderhaka kepada ibubapanya  dan tidak pula menzalimi isterinya. Dia mengetahui hak-hak ibubapanya lalu disempurna kannya dan berkhidmat bakti kepada kedua ibubapanya dengan cara yang sebaik-baiknya. Disamping itu pula dia mengetahui hak-hak isterinya lalu dia tiadak kalan menguranginya walau sedikit pun. Tiadak mengorbankan hak ibubapanya untuk meneynangkan hati isterinya , Muslim yang benar dan bijaksana mampu berbuat sedemikian rupa dengan baik dan adilnya selagi dia membawa bekalan takwa dan bersenjatakan akhlak yang terpuji. Toleransi yang diperolehinya dari haidayah dan petunjuk islam dan ajaran-ajaranya yang jelas telah memberi keinsafan  kepadanya dalam menyempurnakan hak-hak mereka, isteri dan ibubapa dan meletakkan mereka ditempat yang betul dan sesuai dengan fitrah mereka.


Post a Comment