Tuesday, April 23, 2013

5.3 Mendidik mereka dengan cara yang paling baik.

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




Ibubapa islam yang bijaksana dan sedar mampu memahami jiwa anak-anak kecillalu mereka menyelam jiwa mereka dan menjelajah dialam mereka yang masih bersih dan jernih itu, dan berusaha membentuk mereka dengan mempergunakan gaya dan cara yang paling baik.

Bapa dan ibu islam pandai memenangi kasih sayang mereka , menghamapiri mereka dan memperhatikan taraf akal dan umur mereka . Bersenda gurau dengan mereka , memeperdengarkan ketelinga mereka kata-kata yang mengandungi pengertian cinta dan kasih sayang terhadap
merek, sehingga mereka merasa dikasehi, diutmakan , diharapkan , semuanya itu mengembirakan mereka lalu mereka secara langsung membalas cinta ibubapa dengan mendengar kata dan mentaati ibubapa mereka dengan rela hati, taat setia kepada ibubapa dengan ketaatan yang
sentiasa hangat dan benar dan tidak berpura-pura. Sekiranyamereka taat kepada ibubapa mereka ,itu adalah timbul dari hati yang ikhlas.
Sangatlah jauh bezanya ketaatan yang didorong oleh cinta , hormat penuh penghargaan , dan percaya dari taat yang didorong oleh kongkongan,herdikan, paksaan dan kekerasan. Yang pertama adalah merupakan taat yang kekal dan kukuh dan yang kedua pula merupakan taat semasa dan sementara yang akan segera hilang dan musnah dengan hilangnya kekerasan dan paksaan , ataupun dikala ibibapanya tidak ada dihadapan mereka.

Ada orang yang tidak bersetuju dengan idea untuk bermesra -mesara dengan anak-anak nya dan bergaul dengan mereka kerana kelak akan merosakkan kewibawaan mereka dihadapan anak-anak mereka dan mengurangi penghargaan dan penghormatan anak-anak mereka kepada mereka serta menjatuhkan darjah pendidik dihadapan pandangan anak mereka. Pandangan ini adalah salah semata-mata , sebab berakhlak mulia dalam melayani  anak-anak, itulah cara dan gaya pendidikan yang sebaik-baiknya yang telah berjaya. Ini perlu dan telahpun dicanangkan oleh pendidikan moden hari ini . Ini sebenarnya telah pun diserukan oleh Rasulullah saw semenjak emapt belad abad yang lalu:

" Barang siapa yang mempunyai anak kecil hendaklah menjadi anak kecil terhadapnya." (Riwayat Ibn Asakir)


Maksudnya hendaklah pandai-pandai menyesuaikan diri dengan mereka, seolah-olah dia anak kecil yang layak dan mampu bergaul dan bermain dengan anak-anak kecilnya- Pent.

bersambung.....

No comments: