Tuesday, April 23, 2013

Pendidikan solat dan al Qur'an

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد





Ramai di kalangan kita adalah ibu bapa yang sibuk disebabkan komitmen kerjaya masing-masing. Acap kali kita tidak dapat memberikan fokus kepada anak-anak kita sendiri yang sedang membesar.

Mereka memerlukan belaian kasih sayang dan didikan yang seoptimanya daripada kita sendiri. Guru-guru di sekolah dan pembantu di rumah pada hakikatnya tidak akan dapat mengganti 'peranan' ibu bapa dalam membesarkan anak-anak ini tetapi lebih berperanan sebagai 'complement'.

Walau bagaimana sibuk sekali pun, pendidikan al Qur'an dan amalan solat seharian anak-anak ini harus diberikan perhatian yang lebih serius oleh ibu bapa yang menginginkan anak-anaknya berjaya dalam erti kata yang sebenar dan lebih 'holistik'.

Semoga Allah memudahkan urusan dunia kita dan menjadikannya sebagai ladang yang akan menyediakan bekalan kita di masa depan terutamanya untuk kehidupan di akhirat kelak.


"Wahai Tuhan kami, anugerahlah kepada kami, isteri kami dan zuriat yang menyejukkan mata kami, dan jadikanlah kami, Imam bagi orang yang bertakwa".

(Surah Al-Furqan ayat 74).
-Dr Zainur Rashid


 



Post a Comment