بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Kadangkala ibubapa hendak sangat anak-anak hormat mereka. Saya beberapa kali berjumpa dengan keadaan dimana mak ayah datang kepada saya dan memberitahu bahawa anak mereka tidak hormat mereka dan tidak mendengar kata-kata mereka. Dan ini akan disambung dengan kata-kata " Boleh tak awak tolong beritahu mereka supaya hormat kami atau dengan bahasa lain tolonglah buat anak-anak kami dengar cakap kami.
Mak ayah, anda tak boleh semata-mata mengharap anak-anak menghormati anda kalau mereka tak melihat yang anda menghormati orang lain. Paling penting, anda tak akan dihormati oleh anak-anak kalau anda tidak menghormati mereka semasa anda membesarkan mereka. Jangan salah faham, saya rasa mungkin anda hormat mereka. Dalam islam Rasulullah ﷺ mengajar kita untuk menghormati anak-anak kita, dan hormat dan berbuat baik kepada yang lebih muda daripada kita. Ini adalah sebahagian dari tatacara mendidik yang betul dalam islam. Jadi untuk membuatkan anak-anak menghormati anda itu adalah tanggungjawab anda bukan mereka.
Allah maha mengetahui (Saad Tasleem)
No comments:
Post a Comment