بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Kadangkala ada orang yang merasa susah hati dan sempit dadanya apabila mendapat anak perempuan dan berharap-harap pula supaya Allah sentiasa memberikan kepada mereka anak lelaki sahaja. Sebenarnya mereka ini tidak tahu tentang pahala yan besar yang disediakan oleh Allah swt kepada ibubapa jika Allah swt memberi mereka anak perempuan , mereka sabar menanggung puterinya dan mendidiknya dengan sebaik-baik didikan, dan melimpahkan kasih sayang
mereka kepadanya. Sekiranya mereka mengetahui pahala besar yang menunggu mereka yang berbuat baik , pengasih dan menanggung puterinya , sudah tentu mereka bergembira dan berharap sungguh supaya mendapat anak perempuan.
" Barang siapa mempeunyai tiga puteri dan sabar menanggung mereka, memberi pakaian kepad mereka, mereka menjadi dinding baginya dari api neraka"
( Riwayat Ahmad dan Ibn Majah).
Dan didalam satu riwayat lain:
" Barang siapa mempunyai tiga orang puteri yang diperlindunginya, dicukupkan keperluannya dan dikasihaninya , maka wajiblah dia masuk syurga .
Maka berkatalah seorang dari kaum itu, "Dan dua"? Baginda bersabda : " Dan dua juga".( Riwayat muslim).
Adakah sesiapa lagi yang tidak sudi mendidik puteri-puteri mereka dan menanggung keperluan mereka setelah mendengar apa yang disediakan oleh Allah swt kepadanya terdiri dari ganjaran pahala dan nikmat didalam syurga An -Naim. Al islam sebagai deenul hayat, agama kehidupan yang merawati realiti manusia dan segala masalah disegala tempat dan waktu , melihat bahawa puteri itu
kadang-kadang ditalak dan kemablikan semual kerumah bapa nya , dimana kadangkala bapanya didalam keadaan susah, sempit dan fakir, kerana kurang pendapatan atau kerana banyak anak, atau sebab-sebab lain. Lalu islam memberikan kepadanya penawar yang mujarab mengubati jiwanya yang tersiksa, yang susah dan sempit dan menghapuskan apa yang menggangunya dari berbagai-bagai penderitaan dan kesusahan dengan menerangkan kepadanya bahawa bapa yang mempunyai tanggungan terhadap keluarganya mestilah menanggung kemabali puterinya yang telah pulang kembali dari rumah bekas suaminya , menyatakan kepadanya bahawa yang demikian itu adalah dari sebesar sedeqah dan satu pengorbanan yang paling hampir kepada Allah.
Rasulullah saw bersabda keada Suraqah bi Ju'syum:
" Maukah ku tunjukkan kepada sebesar-besar sedekah atau dari sebesar sedekah? Dia berkata " Bahkan, ya Rasulullah saw. Baginda bersabda: Puterimu yang telah menjadi janda pulang kembali kepadamu. yang tidak mempunyai tempat bergantung selain darimu."
(Riwayat Ahmad. An-Nasai dan Ibn Majah)
Alangkah mulianya siraman perasaan yang diperolehi oleh puter dan puteri didalam agama islam kalau dibandingkan dengan gersangnya kehidupan yang berasaskan materialisme . yang dirasai oleh putera puteri didunai jahiliah barat. Disana putera puteri yang belum pun cukup umur lapan belas tahun
telah keluar dari pangkuan ibubapa mereka yang hangat itu untuk terjun kealam kehidupan kebendaan yang keras, menhadapi ribut taufan usaha, padahal mereka belum mampu dan puas dari mengecap kasaih sayang dari keluarga mereka.
Sesungguhnya inilah perbezaan yang sangat jauh diantar syariat Allah , yang datang untuk membawa bahagia kepada manusia, dengan perundangan manusia yang dangkal , yang membawa bencana dan kemalangan kepada manusia.Tidak hairan lah lagi , kalau kita dapati diBarat sana , natijah dan akibat daripada perundangan kebendaan yang jahiliah itu, berapa ramai angkatan putera puteri remaja yang telah membebaskan diri dari segala ikatan tradisi yang baik dan telah sesat. Berapa banyak pula kupu-kupu malam bahkan siang yang terdiri dari kalangan wanita yang tidak bersuami, telah terbiar dan mengalami nasib malang. Bilangan ini sentiasa bertambah dan meningkat terus menerus dengan pesatnya.
No comments:
Post a Comment