بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Sesungguhnya islam itu bukan saja mewajibkan kepada ibubapa supaya mereka mengasihi anak-anak mereka menurut fitrah ibubapa yang memberikan kasih sayang kepada anak-anak mereka, tetapi mereka juga disuruh berkorban habis -habisan demi kejayaan anak-anak mereka, kerana hidup
didunia ini sentiasa berubah-ubah, yang kaya boleh menjadi miskin dan yang miskin boleh berubah menjadi kaya. yang susah menjadi senang.
Dimasa keadaan susah dan menderita, kadang-kadang ibubapa tidak berdaya lagi memenuhi keperluan anakk-anak mereka. Kehidupan ibubapa yang susah dan dicengkam oleh kefakiran seperti ini menghalang mereka untuk menanggung anak-anak , lantaran beratnya tanggungan dan banyaknya
perbelanjaan yang diperlukan oleh mereka. Oleh kerana itu islam mendorong ibubapa terus menerus berkorban habis-habisan untuk anak-anak mereka dengan menjanjikan kepada mereka ganjaran yang mulia dan banyak diatas pengorbanan mereka. Ini akan memudahkan persaan mereka.
Mereka akan memandang ringan segala yang berat dan memandang murah segala yang mahal. Segala sengsara dan usaha penatlelah yang mereka rasai sewaktu mencari rezeki menjadi kecil dan menjadi senang, akhirnya kemalangan dan kefakiran akan musnah.
Auf ibn Malik meriwayatkan dari Rasulullah saw bahawasanya baginda bersabda:
" Aku dan seorang perempuan yang pucat kehitaman, kedua pipinya ( lantaran kesusahan menanggung anaknya) seorang perempuan yang telah menjadi janda kerana kematian suaminya tetapi dia bersabar menanggung anaknya . Aku akan bersam dia didalam syurga didalam keadaan seperti itu.
(Riwayat Abu Daud)
Lebih dari itu islam meletakkan hak nafkah kepada anak-anak, kepada ahli dan yang berada didalam tanggungan muslim, kesatu martabat yang paling tinggi dan paling besar pahalanya . Kita melihat saksi kebenaran yang demikian didalam hadith yang diriwayatkan oleh muslim dari
Abu Hurairah r.a dia berkata: Telah bersabda Rasulullah saw :
" Satu dinar (wang emas) yang kamu belanjakan kerana memerdekakan seorang hamba , dan satu dinar yang kamu sedekahkan kepada seorang miskin dan satu dinar lagi yang kamu nafkahkan kepada ahlimu , yang paling besar pahalanya ialah kamu nafkahkan kepada ahlimu." (Riwayat Muslim).
Dalam satu riwayat lain oleh Muslim, Rasulullah saw bersabda :
" Semulia-mulia dinar yang dibelanjakan seorang lelkai ialah dinar yang dibelanjakan kepada ahlinya , dan dinar yang dibelanjakan untuk binatangnya ( kuda untuk peperangan) pada jalan Allah , dan dinar yang dibelanjakan kepada sahabatnya dijalan Allah."
Jalan Allah disini bererti peperangan fisabilillah menurut pengertian khas, tetapi menurut pengertian yang lebih luas, segala usaha yang diredhai Allah dinamakan fi sabilillah.Sesungguhnya jiwa muslim yang hak, yang benar ,tentu merasa bahagia , senang dan aman tatkala dia memberi nafkah kepada ahlinya dan tangunggannya sebab dia yakin bahwa apa yang dibelanjakan kepada ahlinya dan tangungannnya atau kepada jalan Allah dengan syrat mengharap keredahaan Allah semata-mata ,
akan diberi ganjaran dan pahala yang besar disisi Allah.Bukan itu sahaja ,bahkan seorang suami yang berkasihsayang , berseronok-seronok beramain dan begrurau senda dengan isterinya dengan menyuapkan sebarang makanan yang halal kemulut isterinya , juga akan menadapat pahala kerananya.
Dari imam Bukhari dan Muslim menurut riwayat Saad bin Abi Waqas r.a bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda:
" Sesungguhnya engkau tidak membelanjakan satu nafkah yang dengannya engkau mencari keredhaan Allah swt keculai engkau diberi pahala dengannya
sehingga kepada setiap apa yang engkau suapkan dimulut isterimu." ( Muttafaq alaihi).
Seorang muslim yang benar tidaka kan samapai hati membiarkan orang-orang yang berada didalam tanggungannya berada didalam kesusahan, kesempitan dan penderitaan. Kerana dia telah mendengar Rasulullah saw yang mengecam orang-orang yang mnegelakkan diri dari tanggungjawab mereka terhadap keluarga dan menakutkan mereka dengan akibat yang seburuk-buruknya , dengan berbagai-bagai dosa dan azab yang paling keras:
" Cukuplah besar dosa orang-orang yang mensia-siakan orang yang ditanggungnya." (riwayat Muslim, Abu Daud dan lainnya.)
No comments:
Post a Comment