Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Bapa muslim yang sedar , sentiasa membuka matanya terhadap setiap gerak geri anak-anaknya, mengetahui apa yang ditulis dan dibaca mereka, mengetahui segala hobi dan minat mereka. Dia sentiasa membawa pandangan mereka kepada yang berguna kepada merekadan menyuburkan kebaikan didalam diri mereka disudut yang mereka tidak merasainya. Mengenali sahabata-sahabat mereka yang sentiasa menyertai mereka. mengetahui bagaimana mereka menghabiskan sebahagian besar waktu mereka bersama kawan-kawan mereka dan mengetahui temapt dimana mereka menghabiskan waktu-waktu yang kosong, semua ini mestilah diketahui oleh bapa diluar pengetahuan anak-anaknya. Sekiranya ibu atau bapa mereka mendapati satu penyelewengan didalam pembacaan mereka , atau didalam
hobi dan minat mereka, atau berkawan dengan seorang yang jahat, atau mendatangi temapt-tempay yang diragui. Membuat adat-adat yang berbahaya seperti menghisap rokok , ganja dan seumpamanya staupun bermain-main dengan permainan yang diharamkan dan dibenci, yang menghabiskan masa dengan sia-sia.
Yang mengorbankan tenaga dan ini boleh menyebabkan mereka terbiasa lantas sekali gus melatih diri mereka untuk kerja yang sia-sia dan hina itu.
Apabila dia mendapati bahawa mereka terlibat dengan satu perkara yang demikian , dia mestilah berusaha menarik mereka kembali kejalan yang benar dengan lemah lembut dan bijaksana tetapi tegas lantas memperbaiki segala kesalahan mereka dengan bersungguh-sungguh penuh bijaksana dan memuaskan hati mereka.
" Setiap anak yang lahir kedunia,dilahirkan diatas fitrah, yang bersih dan suci (bersih dari segala dosa. suci dari segala noda). Maka kedua ibubapanyalah
yang menjadikan dia Nasrani. atau Yahudi atau Majusi atau menjadi apa sahaja. (Riwayat Bukhari).
Dari sini nyatalah betapa berat dan besarnya tanggungjawab ibubapa dalam membentuk akal anak-anak yang baharu lahir hinggalah dewasa. Bertolak dari sinilah , ibubapa mestilah membentuk peribadi putera puteri mereka dan mendidik mereka dengan sebaik-baiknya, Dengan memerhatikan segala faktur pendidikan yang diterima dari islam dari Nabi Muhmamad saw lalu dia membentuk Al Quran dan sunnah Rasulullah saw .
Bahan bacaan anak-anak ,mestilah yang dapat membuka otak mereka dan menyinari fikiran mereka. Yang dapat membentuk akhlak yang mulia , membekalkan keperibadian yang menjadi contoh-contoh teladan yang mulia dan terpuji dan menyuburkan cita-cita yang mulia dan tinggi bagi anak-anak, bukan bahan-bahan bacaan yang meracuni akan mereka, yang merosakkan fitrah mereka dan memadamkan unsur-unsur kebaikan didalam jiwa mereka.
Permainan yang diberikan kepda mereka adalah permainan yang menyuburkan jurusan kebaikan didalam diri mereka , buka sudut-sudut kejahatan yang menyalakan bara-bara kebatilan didalam hati mereka, dan membentuk sentimen yang sihat didalam diri mereka bukan sentimen yang sakit.
Sahabat dan akwan (terutama sahabat anak-anak ) mestilah dipilih terdiri dari sahabat yang memimpin mereka menuju syurga bukan keneraka. Sahabat yang mengajar kebenaran bukan yang mengajar kebatilan, menunjukkan kepada jalan yang lurus dan tinggi, menuju kepada kejayaan dan kebaikan , bukan yang membawa kepada kesesatan, kejatuhan, kegagalan dan penderhakaan. Kerana berapa ramai sahabat dan kawan yang menarik sahabat kepada kejahatan , kebinasaan dan kehinaan, padahal ibubapa mereka tidak mengetahui dan menyedarinya. Alangkah indahnya syair yang diucapkan oleh Adi bin zaid Al'Ibadi tentang sahabat dan kawan:
Jika kamu bersama dengan golongan manusia ,
bersahabatlah dengan yang baik-baik sahaja,
Bukan dengan yang jahat dan durjana,
Kelak kamu menjadi jahat dan hina seperti mereka,
Janganlah ditanya kepada manusia siapakah dia?
Tetapi tanyalah, siapakah kawannya?
Kerana kawannya adalah cermin baginya.
Demikianlah mata seorang bapa muslim yang sedar , sentiasa memerhatikan perkembangan anak-anak didalam mendidik mereka. Mengawasi majalah-majalah, kitab kitab, buku-buku, kawan-kawan, permaianan, sekolah, guru-guru, persatuan-persatuan, media massa dan segala perkara yang mempengaruhi anak-anak didalam pembentukan peribadi mereka, didalam mendidik akal mereka , jiwa mereka dan aqidah mereka, Dia tidak akan teragak-agak untuk campur tangan dimana
perlu samada negatif atau positif. Mana yang sesuai , digalakkan, mana yang tidak sesuai , dijauhkan suapaya pendidikan anak-anak tidak tersangkut ,tidak tergelincir, tidak menyeleweng, tidak terhalang, tidak punya rintangan, penyakit dan cacat cela.
Dari sini , kita dapat mengetahiu rahsia kejayaan satu keluarga didalam mendidik anak-anaknya ataupun kegagalan keluraga yang lain . Satu keluarga yang berjaya merasa bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka dan segala kepentingan mereka, lalu memberi perhatian yang sepenuhnya kepada anak-anak meraka.kepada pendidikan mereka dan akhirnya mereka berjaya dan menjadi anak-anak salih. Ini akan membawa faedah dan kebaikan kepada keluarga , masyarakat dan manusia seluruhnya.
Tetapi satu keluarga yang gagal kerana tidak merasa bertanggungjawab terhadap anak-anak meraka atau tidak cukup bertanggungjawab, mereka akan membiarkan anak-anak mereka tanpa pendidikan. Mereka ini tidak sanggup berkorban berhabis habisan untuk kepentingan pendidikan anak-anak mereka, mereka mahu berjaya tetapi tidak berani bertanggungjawab, takut berhabis habisan, Akibatnya mereka akan menjadi bencana besar kepada keluarga mereka, masyarakat dan manusia, seluruhnya , menjadi bala bencana yang menimpa keluarga samaada didunia maupun diakhirat.
" Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya diantara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuhmu, maka berhati-hatilah terhadap mereka."
(Attaghabun: 14).
Anak-anak, putera puteri tidak akan menjadi musuh kepada ibubapa mereka, kalau ibubapa mereka tetapa berdiri teguh dan berjalan diatas jalan yang benar siratul mustaqim. Mereka sentiasa menyedari tanggungjawab mereka terhadap anak-anak mereka dan putera puteri mereka dan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaik-baiknya dan sempurna.
No comments:
Post a Comment