Wednesday, May 1, 2013

ORANG BERJAYA CINTAKAN KERJA

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محم

by Datuk Dr Maznah Ab. Hamid


 Sempena Hari Pekerja hari ini, saya ingin berkongsi panduan membina kejayaan dalam kerjaya. (Walaupun agak panjang, anggaplah ‘kuliah santai’ ini gedung ilmu. Rugi sangat kalau kita baca separuh dan kedekut untuk berkongsi dengan rakan-rakan tau!) Kita mesti ingat bahawa anak kunci kecemerlangan kerjaya, kemajuan, kualiti dan produktivi datangnya dari keseronokan bekerja. Keseronokan bekerja adalah rahsia kejayaan dan kekayaan!

 PANDUAN 1 - JANGAN STRES!!!!
 Stres apabila sesuatu kerja itu tidak dapat diselesaikan, atau risau dengan sesuatu dan banyak lagi faktor-faktor yang mendatangkan kepada stress. Stress ini tidak mendatangkan kebaikan kedalam diri kita. Malah, boleh mendatangkan banyak penyakit dan stress ini tidak mendatangkan kebaikan langsung!

 Apabila kita gembira dan senang hati selalu, lebih mudah untuk kita mencapai apa-apa sahaja cita-cita yang kita impikan. Stres ini akan membuatkan diri kita lemah dan malas untuk melakukan semua kerja. Kerja yang kita lakukan akan menjadi huru-hara kerana kita membuat dalam keadaan yang stress.

 PANDUAN 2 - BERKONGSI IDEA DAN MAKLUMAT
 Satu penyakit manusia pada hari ini ialah takut. Takut untuk berkongsi dan memberitahu idea yang mereka miliki. Sebagai contoh, apabila mereka mempunyai satu idea yang hebat, idea tersebut di simpan kerana takut orang lain pula yang dapat idea hebat tersebut.

 Sebenarnya, Kalau kita berkongsi idea hebat kita kepada orang lain, kita akan menjadi lebih kreatif untuk berfikir. Secara psikologi, ia memaksa kita mencari idea yang lebih hebat lagi daripada idea asal tadi. Ia juga memaksakan kita mengambil tindakan yang pantas untuk merealisasikan idea tersebut.


 PANDUAN 3 - KELILINGI DIRI ANDA DENGAN MEREKA YANG HEBAT
 Anda ingin menjadi hebat dan berjaya? Caranya ialah anda kelilingi mereka-mereka yang hebat dan pastinya anda juga akan menjadi hebat dan berjaya seperti mereka. Tahukah anda? 85% kejayaan kita bergantung kepada mereka yang berada di sekeliling kita.

 Oleh itu, kelilingi diri anda dengan mereka yang hebat dan mempunyai visi serta matlamat, maka anda akan menjadi seperti mereka. Beranikan diri untuk meninggalkan kelompok yang lama dan binalah kelompok yang baru yang akan membawa kita lebih maju ke hadapan seterusnya menjadi Berjaya seperti mereka dan bawalah rakan-rakan supaya mereka juga Berjaya bersama.

 PANDUAN 4 - CUBA BENDA BARU
 Manusia ini mempunyai satu tabiat yang sering dilakukan iaitu sentiasa mengulangi perkara-perkara yang sama. Mereka takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Cuba kita lakukan sesuatu yang baru dan tidak tertumpu pada satu habit sahaja.

 Sering kali yang dilakukan ialah, apabila mereka sudah berada di tahap yang selesa, mereka akan ‘’sahaja disitu" dan terus melakukan perkara yang sama. Kerana mereka sudah merasakan diri mereka di tahap yang selesa dan tidak mahu melakukan perkara lain yang baru. Mereka takut akan kegagalan apabila mencuba sesuatu yang bukan bidang mereka.

 Sikap ini lah yang menyebabkan seseorang itu tidak maju dan terus ketinggalan. Tidak salah untuk mencuba sesuatu kerana ini akan membuat minda kita untuk mencuba sesuatu di luar zon selesa kita. Keluar dari zon selesa ialah antara langkah-langkah awal untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat.

 PANDUAN 5 - KEKALKAN MOTIVASI DIRI.
 Kebiasaanya, anda akan merasa tahap untuk memotivasikan diri sangat tinggi. Anda akan rasa motivasi itu sangat penting untuk diri setiap individu. Tetapi percayakah anda, motivasi diri ini akan hilang lama-kelamaan. Bagaimanakah caranya untuk anda kekalkan motivasi di dalam diri anda? Jawapannya ialah kekalkan momentum anda. Kekalkan momentum dan usaha anda yang sedang berkobar-kobar itu.

 Jika anda sedang berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu, jangan berhenti sehingga 2 atau 3 hari kerana momentum anda akan berkurang. Motivasi diri anda juga akan berkurang dan akhirnya semuanya akan menjadi sia-sia sahaja. Oleh itu, sentiasalah memikirkan tentang kerja yang dilakukan itu supaya momentum anda terus kekal dan tidak berkurangan.

 PANDUAN 6 - KURANGKAN RASA MALU.
 Sifat pemalu kadang-kadang dapat menghambat kegiatan anda. Rasa malu yang berlebihan seringkali membuat anda menjadi tidak berani menampilkan potensi yang sebenarnya.

 Berlakon macam anda tidak malu. Orang ramai sebenarnya tidak tahu yang anda malu. Oleh itu, tidak perlu tunjukkan yang anda pemalu.Anda akan mendapati dalam sedang berlakon itu, perasaan malu akan hilang tiba-tiba!

 PANDUAN 7 - MENULIS MATLAMAT
 Setiap individu mempunyai matlamat. Matlamat untuk berjaya, dan mencapai kejayaan. Tetapi kalau sekadar hanya mempunyai matlamat tidak mencukupi kerana ia ibarat angan-angan kosong. Dengan dengan menulis matlamat, ia akan menjadi sesuatu yang boleh dilihat dan dipegang. Matlamat adalah kompas kehidupan. Tapi tahukah anda 98% orang tidak menulis matlamat mereka!

 PANDUAN 8 - JANGAN SOMBONG BERTANYA
 Sesetengah individu yang sudah berada di tahap yang selesa dan hebat, mereka malu untuk bertanya kerana risau kredibiliti mereka akan jatuh. Walau di tahap mana pun anda, tahap mana pun kepakaran anda, anda masih perlu untuk menuntut ilmu. Cara termudah untuk mendapatkan ilmu adalah dengan bertanya! Dengan bertanya, ia boleh memudahkan pembelajaran kerana anda akan mendapat jawapan yang tepat dalam masa yang singkat dengan apa yang kita cari dan inginkan. “

 PANDUAN 9 - PENGURUSAN MASA.
 Pengurusan masa sangatlah penting untuk menjadi seorang yang berjaya. Namun, setiap individu ini terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan sehingga banyak perkara yang terabai dan sering berkata “ tidak ada masa.” Pengurusan masa itu sangat penting dan salah satu ciri-ciri orang yang berjaya. Dengan ini pengurusan masa hendaklah di ambil kira dalam kehidupan seharian. Yang manakah anda perlu lakukan dahulu? Ramai diantara kita yang suka melakukan tugasan yang kecil dan senang dahulu berbanding dengan kerja yang besar dan susah.

 Melakukan kerja yang susah dan besar dahulu adalah jalan terbaik. Kerana melakukan kerja yang besar dan susah di awal pagi menjadikan kita lebih bersemangat jika dibandingkan kita melakukan kerja yang susah di waktu tengahari dan petang. Kerja yang susah apabila dilakukan pada waktu petang, menjadikan kita amat malas dan semua kerja yang dilakukan menjadi tidak berkualiti. Jangan membazir masa kerana masa tidak boleh diundur.

 Usaha , Doa dan Tawakal.. Orang yang Berjaya sanggup melakukan apa sahaja dan sanggup belajar dari kesilapan. Bukan berputus asa apabila menemui kegagalan. “ Sekiranya kita mahu sesuatu, kita sebenarnya ada seribu jalan tetapi kita tak mahu, kita ada sejuta alasan”. “ RAJIN itu adalah punca segala Kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan.”

 Terima kasih atas sokongan semua kakitangan yang setia bersama saya sehingga kini..anda aset kami! Begitu juga kepada semua rakan FB yang dikasihi yang mengikuti cacatan seharian saya. Saya adalah 'pekerja' anda! Kita semua adalah 'pekerja' dan KERJA ITU SUATU IBADAH!

No comments: