بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Riwayat dusta yang menyebut:
إن الأرض على صخرة والصخرة على قرن ثور فإذا حرّك الثور قرنه تحركت الصخرة فتحركت الأرض وهي الزلزلة
“Sesungguhnya bumi berada di atas sebiji batu. Batu tersebut berada di atas tanduk seekor lembu jantan. Apabila lembu jantan itu menggerakkan tanduknya, maka batu tersebut pun bergerak dan bergeraklah bumi. Itulah gempa bumi.”
Ini adalah riwayat palsu. Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) dalam al-Manar al-Munif ketika mengulas riwayat ini: “Yang peliknya ada orang yang sanggup menghitamkan buku-bukunya dengan perkara-perkara merepek ini” .
Kata Abu Syahbah dalam Al-Israiliyyat wa al-Maudu`at fi Kutub al- Tafasir: “Ini adalah rekaan ahli kitab bertujuan menghina para rasul” .
Ramai golongan dahulunya mempercayai perkara ini, bahawa dunia berada di atas tanduk lembu dan lembu itu berada atas ikan nun seperti yang ditambah dalam riwayat palsu yang lain.
Dr MAZA
No comments:
Post a Comment