Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Mungkin masalah maskahwin yang tinggi merupakan masalah terbesar yang dihadapi oleh keluarga Arab dan keluarga Islam.Ia mempunyai kesan yang besar menyebabkan para pemuda menjauhkan diri dari perkahwinan, disamping menyebabkan ramai gadis yang "tidak laku" dan berleluasanya keburukan dikalangan masyrakat. Kalau kita tanyakan pada seorang seorang pemuda kenapa
dia tidak kahwin ?.Tentu sekali jawabnya kerana mas kahwin mahal, Kiranya ditanya pula kepada keluarga sigadis kenapa diletakkan mas kahwin yang tinggi tentu mereka menjawab: "Ia adalah amaln yang tidak digemari, tetapi kami bimbang kalau maskahwin terlalu rendah, pemuda akan melakukan sesuka hatiterhadap isterinya dan akan menceraikannya dengan sebab yang remeh sekalipun bak kata penyair:
" Siapa merampas negeri tanpa perang mudah sekali untuknya menyerah negeri".
Cara penyelesaian biasa yang mudah untuk mengatasai ini ialah dengan mengurangkan kadar "mas kahwin segera" dan menambahkan "mas kahwin tertempoh". atau semuanya dijadikan mas kahwin tertempoh. Dengan itu terlaksanalah jaminan yang mengelakkan kebimbangan para wali terhadap masadepan anak perempuannya, walaupunsebenarnya amalan maskahwin tertempoh itu tidak digalakkan oleh islam, kecuali ketika terdesak sahaja.Tetapi saya percaya maskahwin ini telah menjadi persoalan kebangaan dan kebesaran yang bertujuan untuk menunjuk-nunjuk terhadap kelurga-kelurga lain, seolah-olah persoalan nya sama seperti menjual harta dan tanah.
Jadi masaalah sekarang ialah masalah pemikiran ibubapa yang jahil yang harus disekat. Tujuan islam didalam meletakkan wali sebagai syarat untuk menyempurnakan "aqad ialah supaya ia merestuinya dalam batas syarak dan pemikiran yang waras. Kiranya ia menggunakan kuasanya untuk kezaliman dan permusuhan, maka agama islam akan menarik kuasa itu daripadanya dan memberi kuasa kepada Kadhi. Kedua-dua paangan bakal suami isteri itu berhak merujuk kepada kadhi untuk mengahwinkan keduanya, walaupun tidak disetujui oleh wali itu.Memang benar islam tidak mengalakkan mas kahwin yang tinggi kerana mentapkan kadar mas kahwin adalah termasuk lengkongan haram. Dalam hubungan ini majalah Al Azhar dalam menerbitkan fatwa berikut oleh Syaikh 'Ab.Rahman Al Jaziri:-
Jika penentuan kadar mas kahwin yang tinggi menimbulkan kepyahan kepada orang yang kupu dan menyebabkan mereka menjauhkan diri dari perkahwinan atau menyulitkan mereka untuk membayar maskahwin yang boleh menyebabkan keburukan kepada wanita dan mendedahkan pemuda -pemudi kepada keburukan, maka menetapkan kadar maskahwin yang tinggi itu secara ijma' hukumnya haram".
Didalam "sahih muslim " ada disebutkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Katanya:
Seorang lelaki telah datang menemui Nabi Sallahu"alaihi Wasallam lalu berkata " Aku telah mengahwini seorang wanita kaum Al-Ansar"
Maka bertanya nabi: "Sudahkah kau melihatnya?. Kerana pada mata orang-orang Ansar ada sesuatu". Kata baginda lagi"Berapa maskahwinnya?"
Jawab lelaki itu.""Empat tahil perak"Lalu berkata Rasulullah Sallahu"alaihi Wasallam. " Seolah-olah kamu sekelian memahat perak dari bukit itu, kami tidak mempunyai sesuatu yang boleh kami berikan padamu, tetapi moga-moga kami akan hantar kamu dalam angkatan pembukaan untuk membolehkan kamu mendapatkan sesuatu daripadanya." Kemudian Baginda bersabda
" Sesungguhnya diantara ciri-ciri keberkatan wanita ialah memudahkan perkahwinan dan meringankan mas kahwinnya."
Memudahkan perkahwinan adalah perkara yang mustahak. Ibubapa (menurut islam -p) harus memelihara kehormtam mereka dengan memudah dan menyegerakan urusan perkahwinan anak-anak gadis mereka seberapa yang boleh. Manakala masyarakat pula haruslah memainkan peranan kearah itu.Rasulullah Sallahu"alaihi Wasallam pernah berkata kepada salah seorang sahabat : "Sudahkah dikau berkahwin?"Lalu katanya: "Wahai Rasulullah , bolehkah engkau mengahwinkan aku?" Jawab Rasulullah, "Pergilah kamu kekuarga sipolandan katakan pada mereka bahawa Rasulullah meminta
supaya kamu sekelian mengahwinkan aku dengan anak gadis kamu". Maka kata orang itu : " Wahai Rasulullah ,daku tidak memiliki suatu apa pun." Maka berkata Rasulullah saw kepada para sahabatnya: "Cubalah kamu sekelian kumpulkan untuk saudar kamu ini emas seberat biji."
Mereka lalu mengumpul dan mengahwinkannya. Maka kata Rasulullah saw padanya, "buatlah kenduri". Lalu para sahabat mengumpulkan bantuan pula dan membeli seekor kambing untuk kenduri.
Demikian selesai rancangan perkahwinan dengan senang dan mudah dikalangan kumpulan yang menjaga kehormatan dan nama baiknya sehingga sebahagian para sahabat menawarkan anak-anak perempuan mereka kepada orang-orang yang baik. Tidakkah ada orang yang dapat menjadikannya
sebagai iktibar?.Saya rasa elok ditubuhkan disetip negeri satu kumpulan untuk memudahkan perkahwinan ( yang mempunyai jawatankuasa disetiap kampung).Kiranya seorang pemuda ingin mengahwini seorang gadis,maka bolehlah ia menemui jawatankuasa yang ada ditempat gadis itu dan mengemukakan hasratnya.Jawatankuasa itu pula akan menyiasat latarbelakang sipemuda kemudian menemui keluarga sigadis bersama-sama dengannya untuk berunding sehingga kedua pihak setuju . Andainya jawatankuasa itu mendapati wali enggan dan menyusah-nyusahkan maka ia boleh meminta kadhi secara rasmi untuk campur tangan dengan menasihatkan wali supaya menerimanya, dan memberi ingatan padanya ( kalau ia enggan mendengar nasihat itu) bahawa perkahwinan akan dilangsung tanpa izinnya.Saya yakin usaha menubuhkan perkumpulan seperti itu akan membawa faedah yang besar kepada individu dan masyarakat.
No comments:
Post a Comment