بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Sebaik sahaja seoarang anak dilahirkan kedunia ini maka ia akan direbuti oleh tangan-tangan untuk dibedungkan selama lebih setahun, seolah-olah dia adalah seorang penjenayah. Dadanya tidak dapat membesar. Lalu paru-parunya pun menjadi kecil. Disamping dia tidak dimandikan berbulan-bulan.
Bial ditanya kepada ibunya kenapa harus anak itu dimasukkan kedalam bedung. Kita akan mendapat jawapan dari kepercayaan "jahil" yang luas tersebar.ononnya kanak-kanak kalau tidak dibedung akan memebesar dengan jarinya tidak lurus. Saya tersedak bila melihat kanak-kanak itu dirongkai sekejap dari bedung.Dia menggerak-gerakkan jejarinya untuk menguatkannya bagaikan ia baru keluar dari tahanan. Apabila siibu melihat demikian cepat-cepat dia membedungnya, kononnya takut sianak tadi kesejukan . Maka kembalilah semual sianak dalam tahanan.
Demikian ia akan memebsar dengan lemah tubuh badannya. Dengan itu siibu telah meletakkan batu asas yang salah untuk pembinaan negara.Kalaulah keadaannya setakat itu sahaja barangkali tidaklah terlalu berat, Tetapi lebih dari itu siibu akan menidurkan anak disampingnya dan menyuapkan teteknya kedalam mulut sianak setiap kali sianak menangis- sehingga melemahkan anggota pencernaannya dengan sebab tidak ada peraturan dan disebabkan makanansampingan yang banyak diberikan kepadanya. Mungkin juga sisibu memberinya " rumpai pelali"untuk menidurkannya. Dengan itu turut lemahlah badan dan sarafnya.
Apabila timbul tanda-tanda sianak itu sakit dan badanya lemah maka mencurah-curahlah petua dan ramuan ubat diterima oleh siibu dari keluarga dan tetamu-tetamu yang mengunjunginya. Kebanyakan petua-petua berkenaan memberi kesan "keracunan kepada sianak kerana tidak ada siapa yang menasihati siibu unmtuk menemui doktor kecuali disaat-saat akhir sahaja.
Bedung merupakan punca utama kelemahan jenerasi Arab. Saya harap dapat kiranya ditinggalkan bedung itu walau apa punbentuknya. Bukaknkah sianak dapat diletakkan dikatil berasingan dalam bilik yang bersih udaranya , penyusuan dibuat 2 jam atau 3 jam sekali dan apabila sakit atau terencat kesuburannya dibawa berjumpa doktor dan kalu boleh ia hendaklah dimandikan sehari sekali?
Semua ini saya tujukan kepada ibu-ibu yang bertanggungjawab bagi menyediakan generasi yang kuat bagi negara yang tercinta ini.
No comments:
Post a Comment