بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Saya suka melihat di surau tadi anak umur 7 tahun solat begitu khusuk habiskan 23 rakaat solat tarawih. 5 waktu solat di surau.
Ayahnya solat di tempat lain. Dia datang surau dua beradik ke surau. SubhanALLAH. Bagaimanalah kita masa umur 7 tahun.
Teringat seorang sahabat bernama Aq'lak RA. Dilahirkan tanpa ayah semenjak lahir. Satu hari beliau ketika solat berjemaah di masjid ketika berumur 9 tahun. Dia lihat anak-anak lain bersama ayah masing-masing berpegang tangan. Sahabat suka berpegang tangan.
Aqlak ra terus balik ke rumah dan bertanya ibunya, wahai ibu, wahai ibu, di mana ayah? ke mana ayah pergi? Ibunya bila di desak menangis tapi tidak boleh berkata. Ibunya sambil menangis suruh aq'lak ra tanya pada Rasulullah SAW.
Bila jumpa Rasulullah SAW, Rasulullah SAW kata wahai aqlak gembiralah, bahagialah kamu ayah kamu sedang menanti kamu dipintu syurga. Dia telah syahid dalam perjuangkan agama.
Maka dia terus beritahu pada kawan-kawannya, bahawa ayahnya sedang tunggunya dipintu syurga.
Satu hari ada seruan jihad..Aqlak ra pergi jumpa Rasulullah SAW untuk pergi bersama. Rasulullah SAW nasihatkannya kerana aqlak masih mempunyai ibu dan menyuruhnya meminta izin ibunya.
Bila sampai kepada ibunya dan bertanya pada ibunya.
Ibunya menjawab, Wahai aqlak RA, ayah kamu berjuang untuk agama dan syahid, ketika itu aku mengandungkan kamu 3 bulan. Kamu pun tidak pernah berjumpanya.
Saat aku menanti kepulangan ayahmu. Dia tidak pulang, tapi yang pulang hanya kuda dan pedang yang berdarah. Rupanya ayah kamu telah syahid.
Tapi pada hari ini aku tidak akan menghalang kamu kerana agama ini lebih utama. Ambil lah pedang dan perisai ini.
Aqlak telah pergi bersama Rasulullah SAW, dia masih kecil dan berjalan bersama Rasulullah SAW. Dia tidak larat untuk angkat pedang dan perisainya pun. Seorang musuh telah melembing Rasulullah SAW, Aqlak melompat dan lembing terkena dadanya. Aqlak telah jatuh dikaki Rasulullah SAW. Rasulullah SAW kata wahai anakku bagaimana keadaanmu.
Jawab aqlak ra, ya Rasulullah,Sampaikan salam pada ummi. Katakan pada ummi,suami dan anaknya menunggunya di pintu syurga.
Bila Rasulullah SAW kembali ke Madinah, wanita pertama yang Rasulullah SAW jumpa ialah ummi aqlak. Ummi aqlak telah pegang kaki unta Rasulullah SAW, Ya Rasulullah di mana anak saya?
Sesungguhnya wahai ummi aqlak, aqlak telah syahid dan sebelum dia meninggal dia berpesan salam dan beritahu dia dan ayahnya menungguMu di pintu syurga.
Bila mendengar itu, ibunya sambil pegang kaki unta telah menggelongsor perlahan-lahan. Bila terduduk beliau meninggal dunia.
Tahniah kepada mereka yang anak-anak suka dan ghairah dalam berkorban untuk islam di saat semua anak muda lain hanya suka budaya yang jauh dari islam dan sunnah.
Ya ALLAH terimalah kami semua untuk berkorban untuk agamaMU. Untuk meluangkan sedikit masa untuk tahajud, dakwah, ta'lim wa ta'lum, doa menangis pun begitu susah untuk kami.
Saya sayang aqlak ra, ayahnya dan ibunya kerana ALLAh. Mulianya sahabah Rasulullah SAW. Sentiasa mencontohi Rasulullah SAW.
- USTAZ EBIT LEW
No comments:
Post a Comment