Saturday, July 20, 2013

Pendidikan sex.(kanak-kanak dan kepercayaan)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد

By:  Mahmud Mahdi Istanbuli





Masalah sex adalah masaalah yang penting. Kejahilan mengenai rahsia-rahsianya mungkin membawa kepada beberapa kesalahan kerana banayak sekali terlintas dalam fikiran kanak-kanak soaln-soalan sekitar perkara ini yang ditujukan kepada ibubapa.Namun apa yang mereka dapat ialah pengelakan dari menjawabnya serta sindiran dan cacian.Mereka (ibubapa) menyangka dengan mengelak dari menjawab soalan tersebut menegalakkan anak-anak mereka dari persoalan itu.Mereka lupa atau buat-buat lupa bahawa anak-anak tersebut akan berhubung dengan teman-teman mereka untuk mendapatkan penjelasan tentang
persoalan ini. Suadah tentulah mereka akan menerima berbagai pandangan yang salah yang mungkin boleh merosakkan peribadi mereka. Malah mungkin maklumat-maklumat salah yang mereka terima itu juga boleh meneybabkan mereka tercebur kelembah keburukan.

Yang anehnya persoalan naluri jantina ini tidak mendapat tempat dalam "kurikulum" sekolah menengah. walau pun ia penting dan diperlukan oleh jenerasi kita untuk mengelakkan dari keburukannya. Saya berharap kalaulah para guru dapat menerang serta menjelaskan persoalan tersebut dengan tegas, bijak , secara berani dan berterus terang- masaalah keburukan tidak akan timbul.

Dalam muzium kesihatan di Damsyik terdapat satu sudut khas mengenai naluri jantina dan diantaranya kesan perzinaan yang dialami oleh lelaki dan perempuan yang digambarkan melalui patung-patung dari lilin. Saya sering membawa murid-murid saya samaada yang remaja atau yang sudah baligh menyaksikannya dan saya terangkan kepada mereka bahaya naluri tersebut secara terus terang dan jelas.

Suatu ketika saya pernah ditemui oleh bekas murid saya , Beliau mengucapkan terima kasih kepada saya kerana menurutnya perbincangan secara terus terang mengenai naluri jantina semasa disekolah dulu serta kata-kata dan bimbingan saya mempunyai kesan yang besar dalam membimbing serta menyelamatkan mereka dari ancaman keburukan.

Say pernah mendapat tentangan hebat dari beberapa orang rakan saya yang mengecam saya kerana membawa murid-murid saya ke muzium tersebut. Bagaimana pun saya tidak menghiraukannya kerana memikirkan tentang kepentingan umum, juga kerana sayangkan jenerasi baru
ini.

Mungkin ada orang yang bertanya mengenai cara-cara yang terbaik untuk membincangkan tentang naluri jantina ini. Saya rasa elok dimulakan dengan bercakap mengenai persenyawaan bunga-bunga. Kemudian dibawa sedikit demi sedikit kepada persoalan manusia serta menjawab soalan murid-murid dengan bijak.

Dalam hubungan ini Alquran telah menyentuh naluri jantina ini secara yang agak panjang lebar, Dalam kisah Yusuf terdapat penjelasan yang luas dari Allah menegnai naluri ini. Sedang suasana keagamaaan dengan sendirinya boleh memberikan bentuk serius dan nasihat
berhubung dengan persoalan ini.

Saya telah menyentuh persoalan ini dalam 'dissertasi' saya dan saya telah menghuraikannya dengan panjang lebar yang saya kira elok dibaca oleh ibubapa. Saya mengharapkan ibubapa dapat memberi perhatian yang sepatutnya tentang persolan ini dan jangan mengabaikannya . Kiranya berlaku demikian maka ia bolehlah diumpamakan dengan perlakuan burung Kawasari yang menyembunyikan kepalanya semasa  dia
melihat pemburu dan akhirnya dia menemui ajalnya.


No comments: