Saturday, July 20, 2013

MENAKUTKAN KANAK-KANAK.-(Kanak-kanak dan kepercayaan)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد

By: Mahmud Mahdi Istanbuli






Kita semua masih ingat keburukan yang kita alami sewaktu kecil dahulu kerana ditakut-takutkan oleh ibu dan kakak-kakak kita mengenai  adanya jin "ifrit', hantu dan lembaga-lembaga yang menakutkan. Kita semua tidur denagn ancaman makhluk- makhluk yang diada-adakan ini dan sepanjang malam kita bermimpi akan perkara-perkara yang menakutkan - menyebabkan kita bangun pagi dalam keletihan dan untuk
beberapa lama kita diburui rasa takut itu.

Kita juga masih ingat suara ketukan pintu dan jendela serta suara-suara yang mengerikan yang kita dengar semasa mereka memaksa kita untuk tidur.

Dikebanyakan rumah anak-anak kita masih dididik dengan didikan sedemikian dan melalui cara tersebut. Cara ini secara terus terang bolehlah dikatakan akan menyediakan suatu generasi pengecut kepada negara. Generasi yang tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang warganegara .

Sudah tiba masanya bagi ibu yang jahil itu menyedari keburukan yang akan timbul dari didikannya yang salah itu. Kanak-kanak yang dididik dengan ketakutan tidak sesuai untuk menjadi seorang pejuang dan warganegara yang gigih.

Dalam hubungan ini Ahmad Amin telah memetik secara ringkas satu cabutan dari buku "Fayd al Khatir" (cetusan perasaan ) bahawa tanggungjawab yang paling besar yang dipikul oleh wanita ialah mendidik anak-anak meeka. Wanita adalah tempat menyimpan bekalan untuk suatu bangsa.Hati wanita ialah tentera utama yang tanpanya tidak berguna segala bom, kapalterbang, kapal selam dan kereta kebal. Atau bolehlah dikatakan sebagai barisan kelima yang tiada bandingnnya dalam mencetuskan rasa takut dan gentar dihati musuh. Bukankah hati wanita yang menjadikan hati lelaki. Adalah tidak benar kalau ada yang menyangka boleh ditubuhkan satu pasukan tentera denagn memebekalkan mereka dengan peralatan senjata tanpa diperkuatkan dengan tentera dari hati wanita, kerana tentera tanpa hati umpama alat yang kosong . Ia hanya kilauan air bukan air yang sebenar.

Suatu bangsa tidak kan maju dan tidak berhak kekal kecuali kiranya para ibu menghantar anak-anak mereka kemedan perang dengan senyum dan siisteri mengucapkan selamat jalan kepada suaminya kemedan perang dan memberangsangkannya kepada kebahagiaan yang menunggu selepas kemenangan kelak.Sementara para ibu pula sanggup berkata kepada anak-anak mereka seperti yang disuarakan oleh Asma' binti Abubakar bahawa "Kambing kalau sudah disembelih, tidak lagi merasa sakit bila dilapah kulitnya " dan "tetakan pedang dalam kemuliaan lebih baik dari tumbukan dalam kehinaan.

Memang benar musuh telah mencapai kejayaan berlipat ganda kerana kejahilan para ibu jika dibandingkan dengan kejayaan melalui tentera mereka . Kalaulah hukuman boleh dibuat berdasarkan perkara zahir maka bolehlah dikatakan bahawa ibu-ibu seperti itu ada lah pengkhianatan bangsa dan negara.

Marilah kita didik jenerasi baru kita dengan keberanian dan kekuatan serta menggemarkan kanak-kanak dengan "kegelapan" dan menggolek tidur mereka dengan menceritakan kisah-kisah keberanian seperti kisah Asma', Khansa' dan Khawlah.Saya menyeru para ibu , para ayah dan mengingatkan mereka dengan didikan yang mantap seperti yang digesa oleh Rasulullah sollahhualaihiwassalam yang mengesa supaya kanak-kanak diajar memanah, berenang , menunggang kuda dan baginda sering membawa pemuda-pemuda kemedan perang. Sebahagian dari mereka ada yang gugur dalam medan perjuangan.

No comments: