Tuesday, August 20, 2013

Siapakah Mohammed Badie Abdul Majid Sam

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد



Mohammed Badie Abdul Majid Samy, dilahirkan pada 7 Ogos 1943, di Mahalla al-Kubra. Beliau merupakan Mursyidul Am yang ke 8 Ikhwanul Muslimin.

Riwayat pendidikannya, sangat unik. Beliau bukanlah agamawan yang mengajar kitab thurath, cumalah seorang doktor haiwan (veterinar).


Dr Badie merupakan Professor Patologi di Fakulti Perubatan Veterina di Universiti Bani Suef dan beliau merupakan salah seorang daripada 100 orang saintis arab terhebat diperakui oleh Ensiklopedia Saintifik Arab yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Maklumat Negeri, Mesir pada tahun 1999.

Menariknya, Mursyidul Am ini pernah menjadi supervisor kepada 15 orang pelajar master, dan 12 orang pelajar PhD, dan berpuluh-puluh saintis lagi sering berkonsultansi dengan beliau dalam bidang veterinar .

Beliau juga pernah dipenjara bersama dengan Sayyid Qutb, pada tahun 1965 dan dibebaskan selepas 9 tahun.

Menjadi rutin kehidupannya, berulang-ulang dimasukkan penjara oleh rejim Mesir, sampailah tahun l999, di mana beliau dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun.

Namun hari ini (20 Ogos), Allah menguji iman kita semua. Beliau di tahan demi menjatuhkan thaghut al-Sisi al-Mujrim!

Semasa di Medan Rabaah beliau berkata; 
"Kami datang dengan damai. Walaupun kami menjadi sasaran peluru hidup pihak tentera, kami bukanlah selemah yang kamu sangka. Sebenarnya jiwa kami lebih kuat daripada peluru dan kereta kebal al-Sisi!

Benarlah, di mata para pemimpin Al Ikhwan, seolah-olah kematian sama dengan kehidupan; siapa yang berani hidup, harus berani mati.

Kepada al-Sisi, aku bersumpah demi Allah, kau melakukan kejahatan di Mesir lebih teruk dari menghancurkan Ka'bah, batu demi batu!

Wallahualam.

No comments: