بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Panduan untuk anak-anak yang baru nak bekerjaya....
Ability, lain....
Acceptability, lain....
Banyak orang muda mempunyai ability, khususnya ability dalam bidang profesional sesuai dengan ijazah mereka. Mereka juga bekas pelajar-pelajar pintar di sekolah dan di universiti.
Namun mereka mengalami perasaan sangat tidak puas hati di tempat kerja apabila mereka tidak dinaikkan pangkat dan gaji selaju yang mereka yakin mereka layak.
.
Banyak pula orang muda yang biasa-niasa sahaja semasa di sekolah dan di universiti.
Namun, di tempat kerja mereka lebih laju naik pangkat dan produktiviti mereka lebih tinggi.
Golongan ini adalah mereka yang memiliki ability biasa-biasa, namun acceptability mereka dalam kumpulan rakan sekerja adalah sangat tinggi.
.
Dalam bidang kejayaan secara berkumpulan, ability adalah modal penting, namun acceptability adalah modal yang lebih penting.
Banyak individu yang memiliki ability tinggi, namun kehadiran mereka ditolak oleh majoriti ahli-ahli kumpulan. Rakan-rakan sekerja tidak suka bekerja dengan mereka.
Mereka hanya diterima oleh individu-individu yang macam diri mereka juga.
Pn. Ainon mohd ABS
No comments:
Post a Comment