Wednesday, November 20, 2013

Eh ! malunya....

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد



 sumber -islam for kid

Seorang wanita muda sedang menunggu penerbangan dalam boarding room disebuah airport.
Penerbangannya tertunda dan dia sangat bosan menunggu lama. Dia membeli sebuah buku dan sepaket biskut dan duduk dikerusi menunggu. Sebelahnya ada sebuah kerusi kosong dimana ada satu paket biskut disitu dan ada seorang lelaki sedang membaca majalah dikerusi sebelah biskut tersebut.

Dia kemudian mengambil biskut tersebut dan makan, lelaki sebelah pun mengambilnya juga!. Dia merasa marah tetapi diam dan terus membaca buku, tetapi dia berfikir  "apalah lelaki ni ambil biskut orang- sungguh tak malu!'. Setiap kepng biskut yang dia ambil , lelaki itu turut mengambilnya juga. Dia rasa geram tetapi tidak mahu buat kecoh dalam airport yang besar itu.

Bila tinggal hanya satu saja lagi biskut, di berfikir apalah agaknya orang teruk ini akan buat? Sedang dia dok fikir-fikir , tiba-tiba lelaki tersebut ambil biskut itu dan patahkan dua dan memberinya separuh tanpa memandangnya.

Cukup!dia pun bangun dan ambil barang dan blah....

Tak lama selepas itu , bila duduk dalam kapalterbang , dia membuka beg untuk mencari cermin matanya dan dia kemudian telah menarik sebungkus biskut dari beg tangannya..... barulah dia teringat yang dia telah meletakkan biskut yang dia beli tadi dalam beg tangannya. Dan lelaki yang dia kata kurang ajar tadi telah berkongsi biskut dengannya tanpa rasa marah , tetapi penuh keikhlasan.

Dia merasa sangat malu dan tak tahu macammna nak betulkan keadaan.

Ada 4 benda yang anda tak pernah boleh dapat balik:

Batu- selepas anda lempar

Kata-kata ..... selepas dilafazkan

Peristiwa........ selepas berlalu

Masa...... setelah ia berlalu /pergi
 

No comments: