Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
By Ikram siswa UTM
Perawi Hadis yang kedua ialah Abdullah bin Umar al Khattab
Beliau adalah anak kepada Sayidina Umar bin Khathab Ra dan saudara kandung dengan Sayidah Hafshah Ummul Mukminin.
Abdullah Ra telah meriwayatkan sejumlah 2630 hadis (nombor kedua tertinggi selepas Abu Hurairah Ra) .
Abdullah Ra adalah sangat setia dalam meniru gerak geri Rasulullah SAW . Contohnya :
Jika Rasulullah s.a.w melaksanakan solat, dia akan bermakmum di belakang.
Jika Rasulullah s.a.w yang berdoa sambil berdiri, maka Abdullah Ra kemudian berdiri dan mengamininya . Malah apabila Rasulullah s.a.w turun dari unta selepas tiba di bandar Mekah dan menunaikan solat dua rakaat , Abdullah Ra yang telah datang ke Mekah juga turut menunaikan solat dua rakaat selepas melihat baginda.
Tidak hairanlah Ummul Mukminin , Aisyah Ra berkata , "Tidak ada
sahabat yang sama Ibn ' Umar ( Abdullah Ra ) dalam mengikut jejak langkah Nabi (SAW ). "
Selain itu, Abdullah Ra sentiasa bangun untuk berdoa dan solat Tahajjud dan memohon ampun di waktu sahur seraya dan menangis .
Setiap kali beliau mendengar ayat-ayat tandzir (amaran) ketika membaca Al Quran, beliau sentiasa menitiskan air mata sebagaimana bapanya juga, Sayidina Umar Ra.
Beliau wafat pada tahun 73 H. Ada pendapat mengatakan bahwa Al-Hajjaj menyelinap masuk ke rumahnya yang lalu membunuhnya dengan meracuni beliau kemudian direjam dengan tombak. Pendapat lain mengatakan bahwa ibnu Umar meninggal secara biasa.

No comments:
Post a Comment