Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Wanita ‘Arab’ dahulu kala
mempunyai semangat keperwiraan . Mereka turut sama dalam peperangan atau merawat
tentera yang cedera serta meniupkan
semangat moral pada tentera khususnya apakaal keadaan mendesak . Peranan yang
dimainkan oleh “ Khawlah al Kindiah” yang menyelamatkan saudaranya dari
ditawan dan pesanan Khansa’ kepada anak-anak apabila ia mengutuskan mereka
kemedan perang .Semua itu masih berada didalam ingatan kebanyakan
orang dan itulah salah satu rahsia kejayaan tentera Islam.
Walau bagaimanapun semangat
sedemikian sudah luntur dari masa kesemasa
kerana percampuran kita dengan bangsa asing dan tumpuan hidup kita kepada kemewahan –menyebabkan
kita kalah dihadapan musuh serta merendahkan kedudukan dan kehebatan kita.
Wanita moden Arab menanggung
beban yang besar dalam perkara ini kerana pandangannya kepada ketenteraan
kadang-kadang menampakkan perasaan takut dan jijik . Kalau semangat ini meresap
kedalam diri anak-anak meraka , sudah
tentu ianya akan meninggalkan kesan yang tidak baik. Diantara punca yang
menyebabkan rasa tidak senang dengan ketenteraan ini ialah resapan yang masih
melekat dalam fikiran sesetengah orang tentang penderitaan yang ditanggung oleh
tentera dalam zaman Turki. Mereka menghadapi berbagai bentuk penindasan dan kebuluran. Keadaan itu sudah tidak wujud
lagi sekarang ini. Sekarang tentera Arab berjuang dibawah benderanya dan untuk membela kehormatan Negara dan agama. Jadi Adalah wajar bagi wanita Arab menyemai dalam jiwa anak-anak mereka “ Polisi darah dan besi” . Disamping selalu membisikkan pada mereka cerita-cerita kepahlawanan dan nyanyian keperwiraan.
No comments:
Post a Comment