Tuesday, April 22, 2014

Bersugi atau berus gigi?

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




By Ustaz Zaharuddin
Bersugi adalah sunnah, namun objektif sunnah itu adalah pada menggunakan kayu sugi atau pada kebersihan gigi dan mulut?. Beberapa jenis dalil hadis perlu difahami dari jenis penyataan wasilah yang boleh berubah dengan objektif yang kekal. Bersugi menggunakan kayu tertentu adakah suatu kemestian menggunakan kayu tersebut bagi mencapai sunnah atau objektifnya iaitu kebersihan mulut dan gigi?. Jawabnya tidak semestinya, Imam Ibn Qudamah menyatakan:
والصحيح أنه يصيب بقدر ما يحصل من الإنقاء
Ertinya: yang paling benar, sessunguhnya mendapati atau menepati sunnah itu adalah dengan kadar kebersihan yang diperolehi.
Pun begitu, setelah saya cuba banyak kali, antara kayu sugi dan berus gigi..TERNYATA kayu sugi LEBIH sempurna membersihkan gigi dari sisa makanan. Namun jika selepas bersugi, diberus pula dengan berus gigi dengan 'ubat gigi' dan dikumur lagi dengan cecair pembersih mulut seperti 'listerin' pasti lebih mencapai objektif sunnah itu.
Pakai kayu sugi sunnah ghyaru tasri'iyyah, manakala kebersihan gigi dan mulut adalah sunnah tasri'iyyah. Jika dapat buat kedua2 dapat dua sunnah sekaligus.

No comments: