Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Jarang kita temui
persefahaman dirumah antara ibubapa. Perbalahan kerana mendidik anak –anak
menjadi suatu kebiasaan yang lumrah dalam rumahtangga kita.
Mungkin ada bapa yang
melarang naknya keluar dari rumah sedang siibu pula menentang arahan sibapa
dihadapan anak-anaknya. Mungkin siibu membenarkan anak-anak melakukan pekerjaan
tertentu , sibapa pula merasa tidak perlu. Perselisihan ini meningkat sehingga
menjadi sengketa . Banyak rumahtangga yang musnah akibat dari pandangan yang
berbeza berpunca dari masing-masing (ibu dan bapa) berkeras dengan sikapnya dan
membenarkan sianak melakukannya (perbuatan-perbuatan buruk) secara tersembunyi
atau secara terang-terangan.
Kesalahan –kesalahan
tersebut tidak terbatas setakt ini sahaja. Malah ramai para ibubapa yang secara
terbuka dihadapan anak-anaknya melakukan kesalahan berdusta dan mengumpat,
dengan sangkaan anak-anak mereka jahil serta tidak mnegetahui apa yang
dilakukan oleh ayah mereka. Padahal naka-anak bagaikan kamera yang merakam
setiap perkara yang berlaku dihadapannya dan membentuk peribadi serta cara
hidupnya.
Dengan sebab itu bolehlah
kita katakana bahawa setiap bapa pada umumnya adalah bertanggungjawab terhadap
didikan yang buruk keatas anak-anak mereka , Malah merekalah yang merancang
kebahagiaan atau kecelakaan anak-anak mereka dengan contoh teladan yang baik
dan buruk.
Kadang-kadang sibapa merasa
tidak senang dengan ciri-ciri didikan salah pada anak-anak. Alangkah baiknya
kalau mereka menginsafi sebenarnya mereka yang patut disalahkan, kerana
anak-anak bagai seketul lilin yang boleh dicorak mengikut acuannya.
Pernah diceritakan seorang
bapa mensihati nakanya pada suatu hari supaya tidak bercakap bohong .
Berjam-jam dia menasihati anak itu. Belum semapat dia habis bercakap ,
didngarnya ada ketukan dipintu. Lalu dia menyuruh anaknya membuka pintu sambil
berkata kepada anaknya “kalau sekiranya orang yang mengetuk pintu sipolan ,
maka katakan kepadanya bapa tidak ada dirumah”.
Anaknya tersenyum meleret .
Sesungguhnya dia telah mendapat pelajaran
yang paling berkesan untuk bersikap bohong walaupun bapanya tadi
bersungguh-sungguh
menasihatinya . Tetapi
tingkahlaku dan teladan bapanya adalah sebagai pendusta. Nasihat tidak akan
berfaedah sekiranya keadaan yang dilakukan berbeza dari apa yang dituturkan.
Umpamanya kata Orang “cakap tak serupa bikin”.
Selain dari itu ada
sebahagian bapa kadang-kadang menggalakkkan anak mereka melakukan
kesalahan-kesalahan sejak anak-anak itu kecil lagi. Mereka memandang ringan
terhadap perlakuan seumpama seperti membenarkan mereka mencuri barang-barang
yang kecil , samaada untuk bersenda atau bersungguh-sungguh. Kita sering
mendengar ada bapa yang berkata kepada anaknya , “ pergilah curi segugus anggur
dari emak engkau” , atau ambilkan barang-barang teman kamu”. Atai kalau sibapa
terlihat anaknya melakukan demikian (tanpa izin) dia tidak mengambil kesah.
Sebenarnya mereka lupa bahawa dengan bersikapsedemikian mereka telah meletakkan
asas masa depan anaknya didalan kancah
jenayah
.
Kita semua tentu masih ingat
cerita seorang budak lelaki yang mencuri telur ayam jirannya . Ibu budak
tersebut membiarkan nya. Lalu kemudian dicurinya pula ayam…. Dan akahirnya
sianak tadi telah menjadi seorang penjenayah yang kejam. Apabila dia akan
dihukum bunuh dia terlebih dahulu meminta untuk bertemu dengan ibunya .
Bila ibunya dating dia
meminta ibunya menghulurkan lidah untuk dicium. Sebaik saja ibunya menghulurkan
lidah , budak tadi terus “membaham” lidah ibunya dengan giginya sehingga
putuslah lidah ibunyaitu. Budak itu berkata “ Kalau tidak kerana lidah itu yang
menggalakkkan aku dlam jenayah , pasti tidak ku alami nasib begini”.
No comments:
Post a Comment