Wednesday, April 9, 2014

Kisah Pak Samad

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد

Pak samad ada penyakit tekanan darah tinggi. Tiap -tiap hari pak Samad makan ubat - yang mulanya dibekalkan oleh doktor. Doktor pesan suruh pak Samad datang semula ke kelinik untuk pemeriksaan semula
keadaan tekanan darah tinggi Pak Samad. Tetapi pak Samad berpendapat baiklah beli ubat yang serupa kat  farmasi dari beratur kat kelinik untuk jumpa Doktor tu.... Pak Samad mungkin belum tahu kesan macam dalam gambar bawah ni kot? Sebab tu Pak Samad rasa relax......dan terus makan tanpa berpantang....

Pak Samad ada risiko untuk:
1. Lumpuh
2. Buta
3. Serangan jantung
4. Kegagalan hati
5. Kegagalan buah pinggang




Kita jangan lupa hak badan terhadap kita - kalau tak tunaikan hak berdosa tau!

 Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)



Post a Comment