Monday, April 14, 2014

KITA DAN KETENTERAAN.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




Wanita ‘Arab’ dahulu kala mempunyai semangat keperwiraan . Mereka turut sama peperangan atau merawat tentera yang cedera  serta meniupkan semangat moral pada tentera khususnya apakala keadaan mendesak . Peranan yang dimainkan oleh “ Khawlah al Kindiah” yang mneyelamatkan saudaranya dari ditawan dan pesanan Khansa’ kepada anak-anak apabila ia mnegutuskan mereka kemedan perang .Semua  itu masih berada didalam ingatan kebanyakan orang dan itulah salah satu rahsia kejayaan tentera Islam.

Walau bagaimanapun semangat sedemikian sudah luntur dari masa kesemasa  kerana percampuran kita dengan bangsa asing  dan tumpuan hidup kita kepada kemewahan –menyebabkan kita kalah dihadapan musuh serta merendahkan kedudukan dan kehebatan kita.

Wanita moden Arab menanggung beban yang besar dalam perkara ini kerana pandangannya kepada ketenteraan kadang-kadang menampakkan perasaan takut dan jijik . Kalau semangat ini meresap kedalam diri anak-anak  meraka , sudah tentu ianya akan meninggalkan kesan yang tidak baik. Diantara punca yang menyebabkan rasa tidak senang dengan ketenteraan ini ialah resapan yang masih melekat dalam fikiran sesetengah orang tentang penderitaan yang ditanggung oleh tentera dalam zaman Turki. Mereka menghadapi berbagai bentuk penindasan  dan kebuluran. Keadaan itu sudah tidak wujud lagi sekarang ini. Sekarang tentera  Arab berjuang dibawah benderanya dan untuk membela kehormatan Negara dan agama. Jadi adalah wajar bagi wanita Arab menyemai dalam jiwa anak-anak mereka “ polisi darah Dan besi” . Disamping selalu membisikkan pada mereka cerita-cerita kepahlawanan dan nyanyian keperwiraan.




No comments: