Tuesday, April 8, 2014

Tak pam tandas pun dosa ker?

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




Anda tak suka pam tandas , suka tinggal jer sisa anda tu untuk dinikmati orang seterusnya. Tisu lap "buttock"
pun anda campak jer atas lantai tandas . Lagi tragis "pad" yang penuh darah pun anda tinggal kat lantai tandas. Mari tengok apa Ustaz  Maza terangkan pasal perangai  gini....


Berdasarkan maksud syarak dari hadis-hadis Nabi s.a.w, maka wajib bagi sesiapa yang menggunakan harta awam memastikan ia digunakan dengan baik dan haram dia menyakiti pengguna selepasnya. Haram baginya dia membiarkan sisa kotoran atau najisnya sehingga menyusah pengguna selepasnya. Ia adalah perbuatan yang buruk dan zalim. Nabi s.a.w bersabda: “Takutlah kamu kepada dua perkara yang menyebabkan dilaknat”. Sahabat bertanya: “Apakah dia dua perkara tersebut?”. Sabda baginda: “Orang yang membuang air besar di laluan orang ramai dan di tempat teduh mereka”. (Riwayat Muslim). Hadis ini menyatakan dua perbuatan dilarang atau diharamkan kerana ia boleh membawa orangramai melaknat pembuatnya disebabkan kesusahan atau kekotoran yang menyakiti mereka. Demikianlah halnya dengan mereka yang menggunakan tandas atau harta awam yang menimbulkan kemarahan dan kutukan pengguna lain.

No comments: